Satu usaha bersama untuk menggalak gaya hidup mampan dalam masyarakat telah berlangsung di Kelab Masyarakat Teck Ghee pada 3 November.
Acara yang diberi nama Eco Fest anjuran bersama pertubuhan akar umbi Teck Ghee dan NYP itu dihadiri Menteri Kanan, Encik Lee Hsien Loong, bersama sekitar 1,000 penduduk dan pelajar.
Eco Fest itu bertujuan untuk memupuk tabiat mesra alam melalui aktiviti yang menyeronokkan dan menarik.
Antara kegiatan yang berlangsung termasuk pasar kitar percuma bagi menggalak langkah mengurangkan sisa menerusi penggunaan semula barangan terpakai.
Penduduk juga berpeluang membawa peralatan yang rosak untuk diperbaiki para sukarelawan dan pelajar.
Disediakan juga karnival dengan gerai permainan yang mampan selain bengkel oleh para pelajar.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg