Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Galak jemaah masjid bersedekah untuk Madrasah Al-Ma’arif

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MADRASAH AL-MA’ARIF AL-ISLAMIAH

Galak jemaah masjid bersedekah untuk Madrasah Al-Ma’arif

Madrasah harap kutipan tabung capai $15,000 Ramadan ini
Mar 22, 2024 | 05:30 AM



Sepanjang Ramadan ini, pelajar Madrasah Al-Ma’arif Al-Islamiah terus gigih menjalankan pungutan derma di beberapa masjid setempat. Mereka menjalankan pungutan derma bermula selepas isyak sehingga selepas solat tarawih.

Antara masjid yang terlibat ialah Masjid Al-Ansar, Masjid Kassim, Masjid Darul Ghufran dan beberapa masjid lain.

Menurut Pegawai Pengumpulan Dana Madrasah Al-Ma’arif, Cik Siti Radhiyah Rahmat, antara misi utama menjalankan kutipan derma ini ialah untuk memberi peluang kepada jemaah yang tinggal berdekatan masjid menyumbang kepada madrasah pada bulan mulia ini. Beliau turut menekankan, kos keseluruhan bagi projek peningkatan berterusan dan untuk menampung keperluan harian madrasah, berjumlah hampir $2 juta bagi tahun 2024-2025 ini.

Beliau juga berharap, sejumlah $15,000 dapat dikumpulkan sepanjang Ramadan ini.

“Sempena Ramadan ini, Madrasah Al-Ma’arif berbesar hati kerana diberikan peluang untuk mengumpul dana madrasah dengan pungutan tabung di beberapa masjid dengan tarikh-tarikh tertentu.

“Alhamdulillah, di atas peluang dan kerjasama dengan pihak masjid. Ia banyak membantu kami dalam pengumpulan dana bagi menjalani kos harian yang perlu ditampung seperti bil api air, membaiki kerosakan, pembayaran gaji dan sebagainya.

Selain itu, kami juga ingin memberikan tempat belajar yang selesa kepada pelajar-pelajar dan guru kami. Bangunan madrasah yang berada di Lorong 39 Geylang sekarang ini hampir menjangkau 18 tahun, dan perlu diperbaiki kerana terdapat banyak kerosakan dan kerja baik pulih yang perlu dijalankan secara berterusan,” jelas Cik Siti Radhiyah.

Antara tarikh kutipan tabung adalah pada 25 Mac di Masjid Al-Ansar; 28 Mac di Masjid Al-Istighfar; Masjid Kassim dan Masjid Kampung Siglap akan diadakan pada 1 April. Kutipan di Masjid Darul Ghufran di Tampines pula akan diadakan pada 4 April.

Selain itu, Madrasah Al-Ma’arif juga turut menerima sumbangan bagi zakat harta, wakaf dan derma.

Cik Siti Radhiyah berharap dengan berkata:

“Pada bulan Ramadan yang penuh barakah ini, hulurkanlah sumbangan ikhlas anda, sebanyak dan semampu yang boleh. Ini demi membantu pelajar Muslimah kami mencapai impian mereka, sekali gus mengekalkan Madrasah Al-Ma’arif, supaya menjadi sebuah institusi yang kekal relevan dan terus mencapai kejayaan yang cemerlang,”

HULUR SUMBANGAN


Sumbangan boleh disalurkan dalam beberapa cara:

1. PayNow UEN: S36MM0001G.

2. Perbankan internet: OCBC 507018232001.

3. Pungutan dari rumah (minimum $100): WhatsApp ke talian 9182-4766 (nyatakan nama, alamat dan jumlah sumbangan yang ingin diberikan).

4. Datang terus di pejabat Madrasah Al-Ma’arif: Isnin hingga Jumaat (8 pagi hingga 4 petang).

5. Hantarkan cek atas nama ‘Madrasah Al-Maarif Al-Islamiah’ dan poskan ke alamat No 3 Lorong 39 Geylang, Singapura 387865.

6. Sila ke laman www.infaqmadrasahalmaarif.com




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >