SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Gambar, video kereta tersendat di laluan pejalan kaki jadi tular

Gambar, video kereta tersendat di laluan pejalan kaki jadi tular

Mar 18, 2025 | 3:52 PM

Gambar, video kereta tersendat di laluan pejalan kaki jadi tular

Gambar dan video tentang kereta berwarna kelabu yang tersendat antara tembok laluan pejalan kaki di Toa Payoh sekitar 3 petang pada 17 Mac menjadi tular di media sosial.
Gambar dan video tentang kereta berwarna kelabu yang tersendat antara tembok laluan pejalan kaki di Toa Payoh sekitar 3 petang pada 17 Mac menjadi tular di media sosial. - Foto FACEBOOK ROADS.SG

Satu kemalangan pelik membabitkan sebuah kereta tersendat di antara tembok laluan pejalan kaki berbumbung, dengan roda hadapan kereta itu kelihatan tergantung, tular di media sosial.

Gambar dan video kejadian yang berlaku di Toa Payoh itu mula tersebar di media sosial pada 17 Mac, khususnya di saluran berkenaan kejadian di jalan raya di Singapura.

Gambar kereta itu yang dimuat naik ke kumpulan Facebook, Roads.sg, menerima lebih 500 reaksi, lebih 190 komen, dan telah disiarkan lebih 400 kali oleh netizen lain setakat tengah hari pada 18 Mac.

Video yang dimuat naik ke kumpulan Facebook, SG Road Vigilante, telah ditonton lebih 100,000 kali.

Dalam gambar dan video itu, sebuah kereta kelabu dilihat tersendat antara tembok konkrit laluan pejalan kaki yang menghubungkan tempat letak kereta bertingkat dengan dewan serba guna.

Serpihan daripada kemalangan itu turut bertaburan di sekitar kawasan kejadian.

Menurut polis, mereka menerima laporan mengenai kemalangan di Blok 84C, Lorong 2 Toa Payoh sekitar 3 petang pada 17 Mac.

Pemandu kereta itu, seorang lelaki berusia 55 tahun, mengalami kecederaan ringan tetapi enggan dihantar ke hospital, tambah polis.

Netizen tertanya-tanya bagaimana kejadian itu boleh berlaku, namun ada yang mengambil kesempatan untuk berkongsi komen lucu.

“Tiada pilihan, aplikasi kereta sewa persendirian menunjukkan tempat pengambilan berada di lobi lif HDB,” seloroh seorang netizen.

Seorang lagi netizen berkata: “Oops, maaf, saya menyangka ia tempat pandu lalu (drive-thru).”

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg