Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kereta terbakar di Jurong West: Pemandu terselamat

Mar 5, 2025 | 5:50 PM
Menurut Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF), tiada sesiapa cedera selepas sebuah kereta terbakar di Jurong West Street 51 dan punca kebakaran sedang disiasat.
Menurut Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF), tiada sesiapa cedera selepas sebuah kereta terbakar di Jurong West Street 51 dan punca kebakaran sedang disiasat. - Foto TANGKAP LAYAR SG ROAD VIGILANTE

Seorang pemandu terselamat tanpa mengalami sebarang kecederaan selepas sebuah kereta terbakar di Jurong West pada awal pagi 5 Mac.

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata mereka diberitahu tentang kebakaran di Jurong West Street 51 itu sekitar 7.20 pagi.

Kebakaran itu melibatkan bahagian enjin kereta dan api dipadamkan menggunakan hos, lapor The Straits Times (ST).

Tiada yang cedera, dan punca kebakaran sedang disiasat, tambah SCDF.

Dalam sebuah video yang dikongsi di Facebook, sebuah kenderaan Red Rhino SCDF, dilihat di tepi jalan sementara anggota bomba memadamkan api.

SCDF dimaklumkan mengenai kebakaran di Jurong West Street 51 itu sekitar 7.20 pagi pada 5 Mac.
SCDF dimaklumkan mengenai kebakaran di Jurong West Street 51 itu sekitar 7.20 pagi pada 5 Mac. - Foto TANGKAP LAYAR FACEBOOK AZZA AMIR ABDULLAH

Kebakaran kenderaan itu adalah yang terkini dalam beberapa kejadian kebakaran kenderaan di jalan raya.

Pada 2 Mac, seorang lelaki meninggal dunia selepas terperangkap dalam kereta Porsche miliknya yang terbakar. 

Pada 27 Februari pula, satu perlanggaran melibatkan enam kereta di Ekspreswe Rentas Pulau (PIE) dekat Paya Lebar menyebabkan dua kereta terbakar, namun tiada kecederaan dilaporkan dalam ikejadian tersebut.

Menurut laporan SCDF pada 13 Februari, kebakaran melibatkan kenderaan meningkat pada 2024 dengan 220 kes, berbanding 215 pada 2023.

SCDF menasihatkan pemandu supaya membawa pemadam api dalam kenderaan mereka, kerana ia boleh membantu memadamkan api dalam kebakaran kecil.

Namun, bagi kenderaan elektrik atau jika keadaan kebakaran mengancam, pemandu perlu menjauhkan diri sekurang-kurangnya 15 meter dan menghubungi 995 dengan segera untuk mendapatkan bantuan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg