Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Gardens by the Bay bernyala merah putih

Jun 29, 2024 | 2:26 PM
Gardens by the Bay bersinar dalam warna merah dan putih untuk meraikan ulang tahun ke-12 dan kemenangan Anugerah Pilihan Pengembara 2024 daripada TripAdvisor.
Gardens by the Bay bersinar dalam warna merah dan putih untuk meraikan ulang tahun ke-12 dan kemenangan Anugerah Pilihan Pengembara 2024 daripada TripAdvisor. - Foto ST

Di tengah-tengah kaleidoskop warna yang selalu dilihat di Gardens by the Bay, dua warna menonjol pada 29 dan 30 Jun – merah dan putih.

Flower Dome, Cloud Forest, dan kesemua 18 Supertrees atau pokok gergasi akan disinari dengan warna bendera Singapura buat kali pertama, sempena meraikan ulang tahun ke-12 taman itu pada 29 Jun. Ia juga bertujuan menandakan tempatnya dalam senarai 10 teratas di Anugerah Pilihan Pengembara 2024 ‘Best of the Best’ daripada laman pelancongan popular Tripadvisor.

Gardens by the Bay menduduki tempat kelapan antara tarikan utama di dunia. Bangunan Empire State Building di New York City menduduki tempat pertama dan Menara Eiffel di Paris berada di tempat kedua.

Acara hujung minggu tersebut istimewa – satu paparan meriah kebanggaan negara akan berlangsung dari 6.45 petang hingga 1 pagi setiap hari, menawarkan pengalaman yang unik.

Pengunjung ke Flower Dome akan menerima tangkai bunga percuma mulai 9 pagi, selagi stok masih ada, pada 30 Jun.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg