Menyusuli pengumuman pada 2 Oktober mengenai penundaan pembukaan Laluan Sistem Transit Laju (RTS Link) Johor Bahru-Singapura kepada Februari 2027, Berita Harian (BH) mengimbas kembali peristiwa penting projek itu bermula dari majlis memperingati kerja-kerja pemasangan tukup cerucuk di Selat Johor di bahagian Singapura pada 2023.

24 Mac 2023: Bekas Menteri Pengangkutan, Encik S. Iswaran (lima dari kanan) merasmikan majlis pemasangan tukup cerucuk di Selat Johor dari bahagian Singapura.

Bekas Menteri Pengangkutan, Encik S. Iswaran (lima dari kanan) merasmikan majlis pemasangan tukup cerucuk di Selat Johor dari bahagian Singapura pada 24 Mac 2023.
Bekas Menteri Pengangkutan, Encik S. Iswaran (lima dari kanan) merasmikan majlis pemasangan tukup cerucuk di Selat Johor dari bahagian Singapura pada 24 Mac 2023. - Foto ST

11 Januari 2024: Kementerian Pengangkutan (MOT) Singapura dan Malaysia mengeluarkan kenyataan bersama bagi menandakan penyiapan ruang sambungan, dengan Pemangku Menteri Pengangkutan ketika itu, Encik Chee Hong Tat, menyatakan dalam ucapannya bahawa kemajuan yang baik telah dicapai.

Mantan Perdana Menteri Encik Lee Hsien Loong (dua dari kanan) dan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim (dua dari kiri) bergambar di Majlis Memperingati Pemasangan Rentang Penyambung Jejambat RTS Link pada 11 Januari 2024. Bersama mereka ialah Pemangku Menteri Pengangkutan ketika itu, Encik Chee Hong Tat (kanan) dan Menteri Pengangkutan Malaysia, Encik Anthony Loke (kiri).
Mantan Perdana Menteri Encik Lee Hsien Loong (dua dari kanan) dan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim (dua dari kiri) bergambar di Majlis Memperingati Pemasangan Rentang Penyambung Jejambat RTS Link pada 11 Januari 2024. Bersama mereka ialah Pemangku Menteri Pengangkutan ketika itu, Encik Chee Hong Tat (kanan) dan Menteri Pengangkutan Malaysia, Encik Anthony Loke (kiri). - Foto ZAOBAO

29 November 2024: Satu kenyataan media bersama LTA, Malaysia Rapid Transit System Sdn Bhd (MRTS) dan RTS Operations (RTSO) mengumumkan bahawa infrastruktur sivil Singapura telah melepasi tahap siap empat perlima dan akses kepada sistem rel akan diberikan kepada syarikat infrastruktur secara berperingkat.

8 Januari 2025: Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, dan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengeluarkan satu kenyataan bersama semasa Rahat Pemimpin Malaysia-Singapura ke-11 menggesa pegawai masing-masing untuk meneruskan kerjasama erat bagi memastikan projek tersebut disiapkan mengikut jadual menjelang Disember 2026.

Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong (kiri) dan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap di Rahat Pemimpin Malaysia-Singapura ke-11 pada 7 Januari 2025.
Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong (kiri) dan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap di Rahat Pemimpin Malaysia-Singapura ke-11 pada 7 Januari 2025. - Foto ST

30 Jun 2025: Tren pertama RTS Link telah dirasmikan oleh Menteri Pengangkutan, Encik Jeffrey Siow, dan Menteri Pengangkutan Malaysia, Encik Anthony Loke, di Pusat Ujian Rel Singapura.

Tren pertama RTS Link dirasmikan oleh Menteri Pengangkutan, Encik Jeffrey Siow (tengah) dan Menteri Pengangkutan Malaysia, Encik Anthony Loke (kiri) di Pusat Ujian Rel Singapura. Turut bersama mereka ialah Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi (kanan).
Tren pertama RTS Link dirasmikan oleh Menteri Pengangkutan, Encik Jeffrey Siow (tengah) dan Menteri Pengangkutan Malaysia, Encik Anthony Loke (kiri) di Pusat Ujian Rel Singapura. Turut bersama mereka ialah Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi (kanan). - Foto ZAOBAO

31 Julai 2025: Menteri Kanan merangkap Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Negara dan Menteri Ehwal Dalam Negeri, Encik K. Shanmugam, menyatakan bahawa RTS Link disasarkan untuk beroperasi pada akhir 2026 dengan persiapan yang sedang giat dijalankan.

4 Disember 2025: Encik Wong, dan Datuk Seri Anwar, mengeluarkan satu kenyataan bersama semasa Rahat Pemimpin Malaysia-Singapura ke-12. Perjanjian Tambahan bagi Perjanjian Dua Hala RTS Link untuk memudahkan penyelarasan kemudahan Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) turut ditandatangani oleh pemimpin kedua-dua negara.

Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong (kanan) dan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim memotong kek di Rahat Pemimpin Malaysia-Singapura ke-12 pada 4 Disember 2025.
Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong (kanan) dan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim memotong kek di Rahat Pemimpin Malaysia-Singapura ke-12 pada 4 Disember 2025. - Foto ZAOBAO

5 Disember 2025: Menteri Undang-Undang merangkap Menteri Kedua Ehwal Dalam Negeri, Encik Edwin Tong, memuat naik satu catatan di media sosial mengenai lawatannya ke Stesen MRT Woodlands North.

Menteri Undang-Undang merangkap Menteri Kedua Ehwal Dalam Negeri, Encik Edwin Tong (tengah) memuat naik satu catatan di media sosial mengenai lawatannya ke Stesen MRT Woodlands North yang dilakukan pada Oktober 2025.
Menteri Undang-Undang merangkap Menteri Kedua Ehwal Dalam Negeri, Encik Edwin Tong (tengah) memuat naik satu catatan di media sosial mengenai lawatannya ke Stesen MRT Woodlands North yang dilakukan pada Oktober 2025. - Foto FACEBOOK EDWIN TONG

4 Februari 2026: LTA memuat naik satu catatan di media sosial menunjukkan ketibaan tren pertama di Stesen MRT Woodlands North, sekali gus membuktikan bahawa infrastruktur Singapura bersedia sepenuhnya mengikut spesifikasi yang diperlukan untuk menyokong ujian operasi.

Ketibaan tren pertama di Stesen MRT Woodlands North membuktikan bahawa infrastruktur Singapura bersedia sepenuhnya mengikut spesifikasi yang diperlukan untuk menyokong ujian operasi.
Ketibaan tren pertama di Stesen MRT Woodlands North membuktikan bahawa infrastruktur Singapura bersedia sepenuhnya mengikut spesifikasi yang diperlukan untuk menyokong ujian operasi. - Foto FACEBOOK LTA

7 April 2026: Bacaan pertama Rang Undang-Undang Kereta Api Rentas Sempadan (Penyelarasan Kawalan Sempadan) dibentangkan di Parlimen. Encik Edwin Tong memuat naik infografik di media sosial mengenai ciri-ciri utama Rang Undang-Undang tersebut serta proses imigresen.

5 Mei 2026: Bacaan kedua dan perbahasan Rang Undang-Undang Kereta Api Rentas Sempadan (Penyelarasan Kawalan Sempadan), di mana Encik Edwin Tong berkongsi tentang perincian kemudahan CIQ di kedua-dua stesen dan pelan pengurusan insiden merentas sempadan yang menyeluruh.

18 Jun 2026: Encik Edwin Tong sekali lagi memuat naik catatan ke media sosial mengenai lawatan beliau ke Stesen MRT Woodlands North.

Dalam hantaran beliau, Encik Tong menyatakan bahawa Kompleks CIQ Singapura kini dilengkapi dengan sistem pelepasan dan keselamatan baharu bagi menyokong proses pelepasan imigresen yang cekap dan selamat, serta sedang menjalani ujian.

Beliau turut menambah bahawa pegawai Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) juga sedang menjalani latihan sebagai persediaan untuk operasi di RTS Link.

Menteri Undang-Undang merangkap Menteri Kedua Ehwal Dalam Negeri, Encik Edwin Tong (tiga dari kiri) memuat naik catatan ke media sosial mengenai lawatan beliau ke Stesen MRT Woodlands North.
Menteri Undang-Undang merangkap Menteri Kedua Ehwal Dalam Negeri, Encik Edwin Tong (tiga dari kiri) memuat naik catatan ke media sosial mengenai lawatan beliau ke Stesen MRT Woodlands North. - Foto FACEBOOK EDWIN TONG

4 September 2026: Menteri Kesihatan merangkap Menteri Penyelaras bagi Dasar Sosial, Encik Ong Ye Kung, berkongsi di media sosial mengenai lawatan beliau bersama Anggota Parlimen (AP) GRC Sembawang, Cik Mariam Jaafar, ke kemudahan infrastruktur Stesen MRT Woodlands North.

2 Oktober 2026: Pengendali perkhidmatan RTS Link, RTSO, mengumumkan bahawa pembukaan projek itu akan ditunda ke Februari 2027.