Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Gas bocor di Tanjong Pagar: 60 dipindahkan

Nov 2, 2024 | 4:10 PM
Kebocoran itu dikesan di satu tapak binaan di tepi bangunan tersebut, dan anggota bomba menggunakan pancutan air bagi mengatasi masalah gas itu.
Kebocoran itu dikesan di satu tapak binaan di tepi bangunan tersebut, dan anggota bomba menggunakan pancutan air bagi mengatasi masalah gas itu. - Foto FACEBOOK SONG SENG WUN

Sekitar 60 orang telah dipindahkan selepas kebocoran gas berlaku di Tanjong Pagar pada 1 November.

Menjawab pertanyaan The Straits Times, Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata pihaknya telah dimaklumkan mengenai kejadian di Plaza 1 Tanjong Pagar pada sekitar 4.25 petang 1 November.

Kebocoran itu dikesan di satu tapak binaan di tepi bangunan tersebut, dan anggota bomba menggunakan pancutan air bagi mengatasi masalah gas itu.

Kebocoran itu kemudiannya dibaiki juruteknik gas di tapak, kata SCDF.

Sebagai langkah berjaga-jaga, kira-kira 60 orang telah dipindahkan pegawai polis dan SCDF, dari bangunan dan tapak binaan yang terjejas.

Encik Song Seng Wun, seorang saksi, memberitahu akhbar berbahasa Cina Shin Min Daily News bahawa kedai-kedai yang terjejas di sekitar bangunan itu diminta tutup buat sementara waktu.

Kakitangan dan kanak-kanak dari sebuah pusat jagaan kanak-kanak berhampiran juga dipindahkan, dan orang ramai berkumpul di luar plaza, kata pakar ekonomi berusia 64 tahun itu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg