Seorang lelaki berusia 54 tahun meninggal dunia selepas motosikal yang dinaikinya terbabas dalam sebuah kemalangan jalan raya di Tampines pada 26 Oktober.
Polis dan Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata mereka dimaklumkan mengenai kemalangan di Tampines Road menghala ke Tampines Industrial Avenue 4 itu sekitar 3.50 petang.
Penunggang motosikal itu, yang dipercayai terbabas sendiri, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh paramedik, kata polis.
Dalam sebuah video selepas kemalangan itu, sebuah khemah biru kelihatan di kawasan berumput di tepi jalan sebelah lorong paling kanan. Sebuah motosikal terdampar berdekatan khemah itu, lapor The Straits Times.
Siasatan sedang dijalankan.
Pada 2023, terdapat 68 kematian melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal, membentuk separuh daripada jumlah kematian kemalangan jalan raya, menurut perangkaan polis.
Pada tahun itu, 4,290 pembonceng motosikal dan pembonceng cedera dalam kemalangan.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg