GE2025: PM Vietnam ucap tahniah kepada PM Wong atas kemenangan pilihan raya
GE2025: PM Vietnam ucap tahniah kepada PM Wong atas kemenangan pilihan raya
GE2025: PM Vietnam ucap tahniah kepada PM Wong atas kemenangan pilihan raya
Perdana Menteri Vietnam, Encik Pham Minh Chinh, menghubungi Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, pada 8 Mei untuk mengucapkan tahniah atas keputusan pilihan raya umum (GE) Singapura.
Pada 3 Mei, Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang diterajui oleh Encik Wong memperoleh 65.57 peratus undi, peningkatan berbanding GE2020, di mana parti itu memenangi 61.24 peratus undi popular.
Semasa panggilan telefon, kededua pemimpin mengesahkan hubungan erat antara Singapura dengan Vietnam, menurut Kementerian Ehwal Luar Singapura (MFA) pada 8 Mei, lapor The Straits Times.
Pada Mac, hubungan dua hala antara kededua negara dinaikkan ke tahap Perkongsian Strategik Komprehensif (CSP) – satu perjanjian formal di peringkat tinggi yang menggalakkan kerjasama luas antara kededua pihak dalam pelbagai sektor utama.
Dalam perbualan mereka, Encik Wong dan Encik Chinh juga membincangkan pengukuhan kerjasama dalam bidang seperti ekonomi digital, tenaga boleh diperbaharui, kredit karbon, dan hubungan antara rakyat.
Mereka juga berharap dapat menyelesaikan pelan tindakan mengenai pelaksanaan CSP, kata MFA.
Pada 7 Mei, pemimpin negara-negara Asean, Kemboja dan Thailand, juga mengucapkan tahniah kepada Encik Wong atas kemenangannya dan menyatakan keinginan mereka memperkukuh hubungan dua hala dengan Singapura.

