Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Hubungan S’pura-Vietnam di tahap tinggi, kerjasama ekon lebih kukuh

Kerjasama dijalin termasuk dalam bidang ekonomi digital, perdagangan elektrik rentas sempadan dan kerjasama infrastruktur mampan
Mar 25, 2025 | 9:48 PM
Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong bertemu Perdana Menteri Vietnam, Encik Pham Minh Chinh di Hanoi, Vietnam pada 25 Mac.
Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong bertemu Perdana Menteri Vietnam, Encik Pham Minh Chinh di Hanoi, Vietnam pada 25 Mac. - Foto ZAOBAO

Hubungan dua hala antara Singapura dengan Vietnam berada pada tahap yang tinggi, dan kerjasama ekonomi antara kedua-dua negara kini lebih kukuh berbanding sebelum ini, kata Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong.

Encik Wong, yang juga Menteri Kewangan, berkata demikian dalam ucapannya pada permulaan lawatan dua harinya ke Vietnam pada 25 Mac semasa menghadiri majlis makan malam yang dihoskan Perdana Menteri Vietnam, Encik Pham Minh Chinh.

“Saya yakin bahawa hubungan kita akan terus berkembang dengan kukuh,” katanya.

Pada majlis makan malam yang diadakan di Pejabat Pemerintah Vietnam, Encik Wong berkata Singapura mempunyai rakan kongsi yang berfikiran sama dan berpandangan ke hadapan dalam Encik Chinh.

Kedua-dua negara telah berikrar untuk mengukuhkan kerjasama dalam bidang seperti ekonomi digital, perdagangan elektrik rentas sempadan dan kerjasama prasarana mampan.

Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong mendakap Perdana Menteri Vietnam, Encik Pham Minh Chinh, semasa menghadiri majlis jamuan makan malam yang dihoskan oleh Encik Chinh di Hanoi, Vietnam pada 25 Mac.
Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong mendakap Perdana Menteri Vietnam, Encik Pham Minh Chinh, semasa menghadiri majlis jamuan makan malam yang dihoskan oleh Encik Chinh di Hanoi, Vietnam pada 25 Mac. - Foto ZB

Encik Wong kini dalam lawatan pengenalan dua hari ke Hanoi, Vietnam dari 25 hingga 26 Mac atas jemputan Encik Chinh.

Beliau diiringi Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan, Menteri Tenaga Manusia, Dr Tan See Leng, Menteri Negara (Penerangan dan Pembangunan Digital merangkap Kesihatan), Cik Rahayu Mahzam, serta pegawai kanan pemerintah.

Pada 26 Mac, Encik Wong dan Encik Chinh dijangka menyaksikan pertukaran beberapa perjanjian antara kedua-dua negara bagi perdalam kerjasama, dengan salah satunya ialah Taman Perindustrian Vietnam-Singapura (VSIP).

Sehingga kini, terdapat 20 VSIP di seluruh Vietnam, yang secara kolektif telah menarik lebih AS$23 bilion ($30.67 bilion) pelaburan dan menyokong lebih 320,000 pekerjaan di negara itu.

Singapura dan Vietnam mempunyai hubungan rakyat dengan rakyat yang kukuh, dengan adanya warga yang melancong antara kedua-dua negara bagi pelancongan, kerja dan pengajian.

Encik Wong menambah: “Singapura juga berbesar hati kerana dapat memainkan peranan dalam menyokong pembangunan sumber manusia Vietnam,”

Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong hadir untuk majlis jamuan makan malam yang dihoskan oleh Perdana Menteri Vietnam, Encik Pham Minh Chinh di Hanoi, Vietnam pada 25 Mac.
Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong hadir untuk majlis jamuan makan malam yang dihoskan oleh Perdana Menteri Vietnam, Encik Pham Minh Chinh di Hanoi, Vietnam pada 25 Mac. - Foto ZB.

Lebih 22,000 pegawai Vietnam telah menghadiri kursus di bawah Program Kerjasama Singapura, katanya, dengan ramai yang melakukannya di Pusat Kerjasama Vietnam-Singapura di Hanoi.

“PM Chinh sendiri merupakan penyokong untuk mengubah Vietnam melalui tiga “penerobosan strategik” dalam pembaharuan institusi, infrastruktur digital, dan pembangunan sumber manusia; dan dengan mengejar kemajuan dalam bidang strategik seperti ekonomi hijau,” tambahnya.

Ini sejajar dengan keutamaan Singapura sendiri dan set agenda yang ditetapkan dalam Perkongsian Strategik Komprehensif (CSP), yang diikrarkan semasa lawatan setiausaha agung Parti Komunis Vietnam To Lam ke Singapura pada awal Mac.

Encik Wong berkata: “Kami mempunyai asas yang kukuh untuk hubungan dua hala kita terus berkembang pada tahun-tahun akan datang. Saya berharap dapat bekerjasama rapat dengan PM Chinh dan pemerintah Vietnam, untuk membawa hubungan kita ke tahap baru”.

Pada 26 Mac juga, Encik Wong bakal menghadiri upacara meletakkan kalungan bunga di Makam Ho Chi Minh untuk menghormati wira perang, dan akan menghadiri majlis di Istana Presiden.

Semasa lawatannya ke Vietnam, Encik Wong juga akan bertemu dengan Setiausaha Agung Parti Komunis Vietnam Encik To Lam dan Presiden Luong Cuong, dan bertemu pengerusi Perhimpunan Kebangsaan Tran Thanh Man.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg