Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

GE2025: Rakyat S’pura boleh semak nama dalam daftar pengundi mulai 28 Mac 

Mereka yang namanya dikeluarkan kerana gagal mengundi dalam GE lalu masih boleh mohon untuk kembalikan nama mereka
Mar 27, 2025 | 3:15 PM
Orang ramai boleh membuat semakan secara dalam talian, atau secara fizikal di kelab masyarakat, atau Pusat ServiceSG.
Orang ramai boleh membuat semakan secara dalam talian, atau secara fizikal di kelab masyarakat, atau Pusat ServiceSG. - Foto ST

Mulai 28 Mac, rakyat Singapura yang layak mengundi dalam Pilihan Raya Umum (GE) akan datang boleh menyemak nama mereka dalam daftar pengundi yang telah dikemas kini berdasarkan sempadan pilihan raya baru.

Mereka boleh mengakses Daftar Pengundi melalui laman web Jabatan Pilihan Raya (ELD) di bahagian Voter Services (Perkhidmatan Pengundi), atau log masuk melalui Singpass dan pergi ke My Profile (Profil Saya).

Bagi yang tidak boleh melakukannya secara dalam talian, mereka boleh mengunjungi kelab masyarakat, atau Pusat ServiceSG, kata ELD dalam kenyataan pada 27 Mac.

Rakyat Singapura juga boleh mengunjungi pejabat ELD dengan membuat temu janji secara dalam talian melalui laman web atau dengan menghubungi 1800-225-5353.

Kemas kini terkini dalam daftar pengundi melibatkan pemindahan daerah pengundian yang relevan ke bahagian pilihan raya baru, berdasarkan cadangan Jawatankuasa Semakan Sempadan Pilihan Raya (EBRC), lapor The Straits Times (ST).

Pada 11 Mac, EBRC menerbitkan laporannya – petunjuk penting bahawa GE seterusnya semakin hampir. GE mesti diadakan sebelum November 2025.

Rakyat Singapura yang tinggal di luar negara dan tidak dapat menyemak maklumat mereka secara dalam talian boleh mengunjungi pejabat konsular Singapura yang juga berfungsi sebagai pusat pendaftaran luar negara, yang terdapat di 10 lokasi, kata ELD.

Pejabat konsular Singapura terletak di Beijing, Canberra, Dubai, Hong Kong, London, New York, San Francisco, Shanghai, Tokyo dan Washington DC.

Rakyat Singapura yang namanya dikeluarkan daripada daftar pengundi kerana gagal mengundi dalam pilihan raya lalu masih boleh memohon untuk mengembalikan nama mereka, kata ELD.

Menurut undang-undang, rakyat Singapura tidak akan dapat mengembalikan nama mereka sepanjang tempoh antara Writ Pilihan Raya dikeluarkan, sehingga selepas Hari Penamaan calon jika pilihan raya tidak dipertandingkan atau sehingga selepas Hari Mengundi, jika terdapat pertandingan.

“Oleh itu, mereka tidak akan dapat mengundi pada GE2025,” kata ELD.

Rakyat Singapura di luar negara yang namanya tersenarai dalam Daftar Pengundi boleh mendaftar untuk mengundi melalui pos atau secara fizikal di salah satu daripada 10 stesen mengundi luar negara.

Pendaftaran boleh dibuat melalui laman web ELD atau di salah satu daripada 10 misi luar negara Singapura.

Bagi memenuhi kelayakan, mereka perlu menetap di Singapura sekurang-kurangnya 30 hari dalam tempoh 3 tahun sebelum mendaftar sebagai pengundi luar negara.

Pendaftaran dibuka sepanjang tahun, namun permohonan tidak akan diproses daripada hari ketiga selepas Writ Pilihan Raya dikeluarkan, hingga selepas Hari Penamaan Calon jika tiada pertandingan, atau selepas Hari Mengundi jika ada pertandingan.

“Kami menggalakkan rakyat Singapura di luar negara yang layak untuk mendaftar awal sebagai pengundi luar negara jika mereka ingin mengundi di GE2025,” kata ELD.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg