Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Gelagat pasangan Melayu-Cina di TikTok cuit hati netizen

Jul 21, 2025 | 5:24 PM
Leon yang berbangsa Cina dan pasangannya yang berbangsa Melayu sering membuat kandungan bersama, mencuit hati warganet.
Leon yang berbangsa Cina dan pasangannya yang berbangsa Melayu sering membuat kandungan bersama, mencuit hati warganet. - Foto TANGKAP LAYAR TIKTOK @LEONLEELX

Seorang lelaki Cina Singapura telah memuat naik video TikTok di mana beliau mencuba untuk bercakap hanya dalam bahasa Mandarin semasa keluar bersama teman wanitanya yang berbangsa Melayu – yang pula hanya bercakap dalam bahasa Melayu.

Namun, apa yang lebih menarik perhatian netizen ialah penampilan mereka.

Ramai tertanya-tanya mengapa lelaki itu kelihatan seperti orang Melayu, manakala raut wajah teman wanitanya pula kelihatan seperti berbangsa Cina.

Pengguna TikTok dengan nama @Leonleelx berkongsi video tersebut lima hari lalu sebagai sebahagian daripada kerjasamanya dengan Persidangan Antarabangsa mengenai Masyarakat Yang Bersepadu (ICCS) 2025.

View post on TikTok

Sehingga kini, video tersebut telah meraih lebih 151,000 tontonan, 6,300 reaksi dan kira-kira 100 komen.

Ramai yang menyifatkan video itu sebagai ‘comel’, meskipun ada yang menganggapnya ‘terlalu manis’, lapor The New Paper.

Dalam permulaan video, Leon menjelaskan bahawa mereka akan bercakap dalam bahasa masing-masing. Beliau kemudian bertanya kepada teman wanitanya dalam bahasa Mandarin supaya mengambil payung jika hujan.

Teman wanitanya – yang dirujuk sebagai “sayang” kelihatan keliru tetapi bahasa isyarat daripada Leon kemudian membantu menyampaikan maksudnya.

“Hujan,” jawabnya, sebelum berpaling dan kembali dengan “payung”.

Video kemudian menunjukkan pasangan itu menyertai lawatan budaya di Kampong Glam, dipercayai sebahagian daripada usaha ICCS untuk mengetengahkan bagaimana rakyat Singapura mempraktikkan keharmonian dalam kehidupan seharian.

Leon kemudian bertanya sama ada teman wanitanya menyukai aktiviti kebudayaan tersebut. Walaupun kelihatan sedikit bingung, beliau mengangguk setuju.

Dalam senario lain, teman wanitanya pula meminta Leon bercakap dalam bahasa Melayu. Leon menyatakan bahawa beliau suka makan rendang dan pelbagai jenis kuih.

Video itu diakhiri dengan naratif suara Leon yang berkata: “Kami bercakap dalam bahasa berbeza, tetapi memahami budaya masing-masing mendekatkan kami – sebagai pasangan dan sebagai komuniti.”

Video ini turut dikongsi di Reddit dengan tajuk “This SG couple so sweet”, dan rata-rata netizen menganggapnya comel.

Pengguna @KittyLoLa meninggalkan komen: “Cuteness overload!! GF so cantik!!!!!”

@Zam turut bersetuju: “You guys make a cute couple.”

Namun, sebahagian besar komen yang bersifat positif itu turut meluahkan rasa ingin tahu – mengapa Leon kelihatan seperti Melayu manakala teman wanitanya pula kelihatan seperti Cina.

Ada juga yang bertanya sama ada mereka berdarah campuran Melayu-Cina.

Bind@ud menulis: “Handsome looks Malay but pretty looks Chinese.

Nineofhearts pula berseloroh: “Temanita anda lebih ‘Cina’ daripada anda.”

Namun komen paling manis – dan menerima hampir 1,300 reaksi – datang daripada Syah:

“Bro awak kelihatan Melayu, temanita macam Cina. Tak sabar nak melihat kamu berdua mendirikan rumah tangga.”

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg