Gelungan keluli mula dipasang di terowong CCL, kerja pembaikan ikut jadual

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Gelungan keluli mula dipasang di terowong CCL, kerja pembaikan ikut jadual

Sun Xueling: 10 peratus gelung keluli dipasang bagi perkukuh terowong kereta api sejak 17 Jan
Jan 28, 2026 | 8:18 PM

Gelungan keluli mula dipasang di terowong CCL, kerja pembaikan ikut jadual

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
kerja-kerja pembaikan, terowong Laluan Circle (CCL), gelungan keluli, Menteri Negara Kanan (Pengangkutan), Cik Sun Xueling, stesen MRT Serangoon
Menurut Menteri Negara Kanan (Pengangkutan), Cik Sun Xueling, ketika satu sesi rondaan dan pemerhatian di luar stesen MRT Serangoon pada 28 Januari, kerja-kerja pembaikan terowong Laluan Circle telah dilaksanakan tepat mengikut jadual. - Foto ZAOBAO

Kerja-kerja pembaikan bagi terowong Laluan Circle (CCL) setakat ini telah dilaksanakan tepat mengikut jadual dan akan selesai sesuai dengan tempoh yang ditetapkan iaitu April.

Menurut Menteri Negara Kanan (Pengangkutan), Cik Sun Xueling, sebanyak 10 peratus gelung keluli ini telah dipasang bagi mengukuhkan terowong kereta api sejak permulaan kerja pembaikan itu pada 17 Januari.

Cik Sun menjelaskan demikian kepada media dalam satu sesi rondaan dan pemerhatian di luar stesen MRT Serangoon pada 28 Januari.

Menurutnya, kerja-kerja pembaikan di terowong CCL itu dijalankan ekoran terowong yang tertekan dan mengalami perubahan bentuk.

Terowong kereta api di bawah tanah itu diperbuat daripada tanah liat marin yang lembut.

Justeru, atas faktor-faktor geologi, terowong tersebut telah berubah bentuk menjadi bujur dan fenomena ini disebut sebagai tunnel squatting.

Gelungan keluli yang telah dipasang itu merupakan cantuman enam piring keluli. Ia akan dipasang kepada dinding terowong yang terjejas sepanjang 450 meter.

Ia bertujuan membentuk semula dinding terowong agar ia kekal teguh dan tidak mengalami sebarang perubahan bentuk lagi.

Sejak bermulanya kerja pembaikan itu, pelbagai laluan alternatif telah disediakan.

Ini termasuk laluan kereta api Laluan Timur Laut (NEL) yang percuma bagi sebelum dan selepas waktu sibuk serta bas ulang-alik yang menghubungkan kawasan-kawasan terjejas.

Dalam pada itu, Cik Sun berkata walaupun laluan alternatif baru itu menambah masa perjalanan, penumpang dapat menyesuaikan diri dengan aturan baru.

Laluan dan aturan alternatif ini turut dimudahkan dengan adanya sebilangan marsyal dan sukarelawan yang sudi membantu bagi menunjuk arah kepada penumpang.

Cik Sun juga menambah, sebanyak 30,000 penumpang telah menggunakan bas ulang-alik yang disediakan sejak lima hari bekerja yang lalu.

Berkongsi tentang interaksinya bersama penumpang, Cik Sun berkata:

“Apabila saya berbual dengan penumpang, tambahan masa perjalanan yang mereka alami adalah antara 10 dengan 20 minit. Jadi, masa perjalanan mereka masih dalam keadaan terkawal.

“Kami juga memastikan agar penumpang kekal selesa dengan aturan baru ini, dan kami telah sediakan teduhan di tempat menunggu bas ulang-alik.”

Memandangkan para penumpang sudah dapat menyesuaikan diri dengan aturan dan laluan baru ini, beliau juga mengumumkan bahawa Kementerian Pengangkutan mungkin akan mengurangkan jumlah marsyal dan sukarelawan di tempat-tempat terjejas.

Pada masa yang sama, ini dapat mengurangkan kesesakan manusia di tempat-tempat berkenaan.

Encik Ahmad Faikar Jaafar, 28 tahun, salah seorang penumpang yang terjejas dalam perjalanannya ke tempat kerja, berkata:

“Pada awalnya, saya rasa agak kekok kerana perjalanan saya biasanya melalui MRT tetapi buat sementara ini, saya harus menaiki bas ulang-alik ke tempat kerja di Macpherson.

“Ini menambah masa perjalanan saya lebih kurang 15 minit.”

Namun begitu, jurukemas di beberapa hospital masyarakat itu memuji ketangkasan dan kelancaran perkhidmatan yang telah disediakan dalam mengatasi penutupan laluan stesen CCL.

“Saya senang hati melihat perkhidmatan yang cekap dan tangkas dalam membantu para penumpang mengatasi penutupan laluan MRT ini. Lebih-lebih lagi, dengan bantuan marsyal yang menunjukkan arah,” tambah Encik Ahmad.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg