Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Gempa Myanmar: OCBC derma $50,000 bantu masyarakat terjejas

Apr 1, 2025 | 6:14 PM
Sumbangan daripada OCBC akan digunakan untuk memenuhi keperluan mereka yang terjejas oleh bencana gempa bumi di Myanmar.
Sumbangan daripada OCBC akan digunakan untuk memenuhi keperluan mereka yang terjejas oleh bencana gempa bumi di Myanmar. - Foto ZAOBAO

OCBC Bank akan menderma $50,000 melalui Palang Merah Singapura (SRC) bagi membantu masyarakat di Myanmar yang terjejas oleh gempa bumi pada 28 Mac.

Mulai 3 April, bank itu juga akan menerima sumbangan daripada pelanggan melalui pelbagai saluran, termasuk ATM, perbankan Internet, dan perbankan mudah alih, untuk menyokong usaha bantuan kecemasan.

Semua sumbangan akan disalurkan kepada SRC, menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh OCBC pada 1 April.

Sumbangan itu akan digunakan untuk memenuhi keperluan segera mereka yang terjejas oleh bencana tersebut, termasuk pengagihan bekalan penting seperti makanan, air, selimut, dan kit kebersihan, lapor The Straits Times (ST).

Gempa dengan magnitud 7.7 yang melanda sekitar waktu tengah hari pada 28 Mac itu meragut lebih 2,000 nyawa. Kumpulan bantuan yang tiba di kawasan paling terjejas melaporkan keperluan mendesak bagi tempat perlindungan, makanan, dan air bersih selepas bencana tersebut.

Menyampaikan ucapan takziahnya, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan OCBC, Cik Helen Wong, berkata: “Kami sangat sedih dengan kehilangan nyawa yang besar dan kerosakan yang disebabkan oleh gempa bumi ini.”

Beliau juga menyatakan bahawa bank itu telah melaksanakan program sokongan staf untuk memastikan kesejahteraan pekerja di cawangan Myanmar dan keluarga mereka.

Hubungan OCBC dengan Myanmar bermula hampir satu abad lalu. Pada 1923, Oversea-Chinese Bank – salah satu daripada tiga bank yang kemudiannya bergabung untuk membentuk OCBC pada 1932 – membuka cawangan pertama mereka di Rangoon, kini dikenali sebagai Yangon.

OCBC beroperasi sebagai cawangan dari 1923 hingga 1963 sebelum menubuhkan pejabat perwakilan di Yangon dari 1994 hingga 2015. Pada April 2015, OCBC salah satu daripada tiga bank asing pertama yang menerima kelulusan pengawalseliaan untuk beroperasi sebagai cawangan di Myanmar.

Sebagai sebahagian usaha lebih luas untuk membantu Myanmar, Singapura telah menyediakan $150,000 sebagai wang permulaan bagi menyokong usaha pengumpulan dana SRC bagi Myanmar dan Thailand, yang turut terjejas akibat gempa bumi tersebut.

Pada 29 Mac, satu pasukan yang terdiri daripada 80 anggota Operasi Lionheart, bersama empat anjing penyelamat, Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) dihantar ke Myanmar untuk membantu dalam operasi menyelamat.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg