Masyarakat
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Masagos: Dedikasi pegawai SCDF bantu mangsa gempa Myanmar lambang kewarganegaraan aktif

Mar 29, 2025 | 9:25 PM
Pegawai SCDF menyediakan barangan yang diperlukan, termasuk peralatan mencari dan menyelamat serta bekalan perubatan, untuk membantu mangsa gempa di Myanmar dalam Operasi Lionheart.
Pegawai SCDF menyediakan barangan yang diperlukan, termasuk peralatan mencari dan menyelamat serta bekalan perubatan, untuk membantu mangsa gempa di Myanmar dalam Operasi Lionheart. - Foto SCDF

Dedikasi pegawai Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) dalam menghulurkan bantuan kepada mangsa gempa bumi di Myanmar ialah lambang semangat kewarganegaraan aktif di persada dunia.

Ini dinyatakan Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, yang turut berkata beliau bangga terhadap semua pegawai, termasuk pegawai Islam, yang terlibat dalam Operasi Lionheart itu.

“Singapura bersedia memberikan sokongan yang diperlukan untuk menyelamatkan nyawa.

“Para pegawai kami sedang yang berpuasa di penghujung Ramadan bakal mengorbankan Hari Raya mereka dan berjauhan daripada keluarga tersayang untuk menyahut seruan tugasan ini,” kata Encik Masagos dalam satu hantaran di media sosial.

Beliau turut mendoakan semua yang terjejas oleh bencana itu, dan berharap semua pegawai SCDF berjaya dalam misi dan selamat kembali ke pangkuan keluarga mereka.

Pada petang 29 Mac, sebuah pasukan seramai 80 orang dan empat anjing pencari daripada SCDF berlepas ke Myanmar untuk membantu usaha menyelamat di negara yang dilanda gempa bumi itu.

Kontinjen Operasi Lionheart itu berlepas dari Lapangan Terbang Changi pada sekitar 1.20 petang.

Satu gempa bumi dengan magnitud 7.7 pada 28 Mac telah membunuh sekurang-kurangnya 1,600 orang di Myanmar dan mencederakan lebih 2,300 yang lain, dengan angka kematian dijangka meningkat, menurut laporan media setempat.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg