Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Shanmugan ucap terima kasih pegawai, keluarga SCDF kerana berkorban semasa Raya

Lebih separuh daripada 80 anggota dikerahkan ke Myanmar bagi usaha menyelamat, bantuan susuli gempa adalah Muslim
Mar 31, 2025 | 12:41 PM
Menurut Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam, seramai 48 pegawai Muslim daripada kontinjen Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) telah dikerahkan ke Myanmar. Mereka merupakan antara  80 pegawai SCDF yang dikerah ke negara yang dilanda gempa bumi dengan magnitud 7.7 itu pada 28 Mac.
Menurut Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam, seramai 48 pegawai Muslim daripada kontinjen Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) telah dikerahkan ke Myanmar. Mereka merupakan antara 80 pegawai SCDF yang dikerah ke negara yang dilanda gempa bumi dengan magnitud 7.7 itu pada 28 Mac. - Foto ZAOBAO

Lebih separuh daripada 80 anggota Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) yang dikerahkan ke Myanmar bagi usaha menyelamat dan bantuan menyusuli satu gempa bumi adalah pegawai Islam.

Misi tersebut menyebabkan mereka terlepas menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga tersayang di Singapura.

Semasa satu lawatan ke Masjid Ahmad Ibrahim sempena Hari Raya pada 31 Mac, Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam, mengucapkan terima kasih kepada 48 pegawai Muslim itu serta keluarga mereka atas pengorbanan mereka itu.

“Pergi ke sana dan membantu orang lain adalah adalah satu tindakan yang amat mulia,” kata beliau.

Pasukan pegawai dan empat anjing pencari SCDF itu berlepas ke Myanmar pada 29 Mac untuk membantu usaha menyelamat di negara yang teruk dipukul gempa itu.

Encik Shanmugam melawat Masjid Ahmad Ibrahim, yang terletak di Sembawang Road, sebagai sebahagian lawatan masyarakat ke masjid dan tapak solat Hari Raya di Yishun.

Beliau berkata kontinjen Operasi Lionheart (OLH) SCDF bekerja siang dan malam di Myanmar, sambil mengatakan pasukan itu telah membantu menyelamatkan seorang lelaki terperangkap di bawah runtuhan.

Menurut SCDF dalam satu kemas kini pada 30 Mac, lelaki itu terperangkap dalam bangunan perumahan tiga tingkat yang sebahagiannya runtuh, dan akhirnya diselamatkan pada 11 pagi waktu Singapura selepas operasi selama lapan jam bersama Jabatan Bomba Naypyidaw di bandar Zebuthiri di ibu kota Naypyidaw.

Lelaki tersebut, yang berada dalam keadaan sedar dan boleh berkomunikasi, terperangkap di bawah timbunan konkrit.

Gempa sekuat 7.7 itu melanda Myanmar pada 28 Mac, dan jumlah kematian lebih 1,700 orang itu dijangka bertambah.

“Mereka (pegawai SCDF) merancang menyambut Hari Raya bersama orang tersayang, keluarga mereka. Tapi sekarang, apabila ada panggilan tugas, mereka tampil, mereka berpisah; jadi kami berterima kasih kepada mereka, dan kami berterima kasih kepada keluarga mereka juga atas pengorbanan ini,” kata Encik Shanmugam.

Mengucapkan selamat kepada penduduk di Singapura bagi sambutan Hari Raya, beliau menambah:

“Pada masa sama, kami memikirkan tentang ramai orang di seluruh dunia yang sedang menghadapi maut, sedang dibunuh secara tidak sah dalam peperangan, dan juga bencana alam.”

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg