Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

GetGo sedia kereta dekat stesen MRT, pusat tukaran bas

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

GetGo sedia kereta dekat stesen MRT, pusat tukaran bas

Feb 26, 2024 | 06:40 PM



Kereta kongsi GetGo akan disediakan pada jarak 500 meter dari semua 50 stesen MRT di laluan Timur Laut (NEL) dan Downtown (DTL) serta pusat tukaran bas yang dikendalikan oleh SBS Transit.

GetGo, platform perkongsian kereta Singapura, dan SBS Transit, pengendali bas dan rel di Singapura, telah mengumumkan perkongsian baru antara kededua syarikat bagi menggalak Singapura menjadi satu bandar yang kurang menggunakan kenderaan atau ‘car-lite’.

Sebagai sebahagian memorandum persefahaman (MOU) yang ditandatangani SBS Transit dan GetGo pada 26 Februari, kededua syarikat telah menunjukkan komitmen untuk menggalakkan penumpang menggunakan khidmat perkongsian kereta sebagai pilihan pengangkutan alternatif untuk merapatkan hubungan ‘First and Last Mile’ (FLM) atau destinasi pertama dan terakhir mereka apabila menaiki bas awam atau kereta api SBS Transit.

Perjanjian antara dua syarikat ini bertujuan untuk mewujudkan ekosistem mobiliti yang fleksibel, terangkum dan mampan di Singapura, sekaligus mempromosikan kelebihan berulang-alik ke mana-mana dengan menaiki bas, kereta api dan kereta kongsi tanpa perlu memiliki kenderaan peribadi.

Kededua syarikat juga akan bekerjasama dengan rakan kongsi luar dan peniaga untuk menawarkan promosi melalui program ‘GetDeals’ GetGo untuk menggalakkan perjalanan yang lebih hijau.

Rakan kongsi yang pernah menyertai program ‘GetDeals’ sebelum ini termasuk Sentosa, Singapore Discovery Centre, dan The Punggol Settlement.

Dengan lebih daripada 3,000 kenderaan termasuk lebih 300 kenderaan elektrik (EV) di 1,600 lokasi, GetGo menawarkan khidmat penyewaan selama 24 jam, 7 hari seminggu.

Lokasi penyewaan kereta termasuk tempat letak kereta Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB), beberapa stesen minyak Esso, kelab Persatuan Askar Kerahan (Safra), dan kawasan yang terletak berhampiran stesen MRT dan pusat tukaran bas.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas bersama GetGo, Encik Toh Ting Feng berkata: “Kerjasama ini menekankan komitmen kami untuk mentakrifkan masa hadapan mobiliti bandar.

“Dengan menawarkan pilihan pengangkutan lain yang berpatutan dan cekap, kami berhasrat untuk tidak hanya menghubungkan penumpang tetapi untuk memberi inspirasi kepada perubahan pemikiran dan menggalakkan etos ‘car-lite’ yang sejajar dengan keperluan rakyat Singapura yang semakin berkembang, serta visi kemampanan negara.”

Kumpulan Ketua Pegawai Eksekutif SBS Transit, Encik Jeffrey Sim Vee Ming, berkongsi bahawa mereka berbesar hati untuk bergabung tenaga dengan GetGo bagi meningkatkan perjalanan dari tempat asal ke destinasi terakhir yang merangkumi rangkaian pengangkutan awam, menjadikan bas dan kereta api SBS Transit lebih mudah diakses dan mudah digunakan oleh penumpang.

Inisiatif ini menyokong Pelan Induk Pengangkutan Darat 2040 untuk menggalakkan penggunaan pengangkutan awam dan mengurangkan penggunaan kereta persendirian dalam perjalanan seharian.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >