Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Gilang gemilang Jauhari raikan kecemerlangan

Oct 26, 2024 | 5:39 PM
Penerima Anugerah Jauhari 2024, Cef Akmal Anuar (dua dari kiri), meraikan anugerahnya bersama isterinya Cik Inez Tantyanna Wyatt (kiri); bapanya, Encik Mohammed Anuar (kanan); dan ibunya, Cik Raja Paridah (dua dari kanan). Cef Akmal juga diberi satu lukisan hasil Artis Eksekutif BH, Encik Samad Afandie.
Penerima Anugerah Jauhari 2024, Cef Akmal Anuar (dua dari kiri), meraikan anugerahnya bersama isterinya Cik Inez Tantyanna Wyatt (kiri); bapanya, Encik Mohammed Anuar (kanan); dan ibunya, Cik Raja Paridah (dua dari kanan). Cef Akmal juga diberi satu lukisan hasil Artis Eksekutif BH, Encik Samad Afandie. - Foto BM oleh NUR DIYANA TAHA

Pada 25 Oktober, BERITA HARIAN (BH) telah sekali lagi meraikan pencapaian cemerlang dua individu Melayu/Islam, menerusi penyampaian Anugerah Jauhari dan Anugerah Jauhari Harapan 2024. Majlis penyampaian di Hotel Four Seasons itu dihadiri sekitar 230 pemimpin nasional dan masyarakat serta rakan kongsi BH, termasuk para penaja. Diadakan buat kali ke-26, Anugerah Jauhari mengiktiraf pencapaian seorang individu Melayu/Islam dalam bidang tertentu, manakala Anugerah Jauhari Harapan mengiktiraf individu muda berusia 30 tahun dan ke bawah, yang mempunyai potensi mencapai kemajuan lebih tinggi. FairPrice Group merupakan penyampai Anugerah Jauhari 2024, manakala Royal Kings Group dan Orange Tee merupakan penaja. Berikut sajian foto yang dirakam dalam majlis itu.

Penerima Jauhari Harapan 2024, Cik Zulayqha Zulkifli (tengah), meraikan anugerahnya bersama ayahnya, Encik Zulkifli Atnawi (kanan) dan adiknya, Encik Zulfeqar Zulkifli (kiri).
Penerima Jauhari Harapan 2024, Cik Zulayqha Zulkifli (tengah), meraikan anugerahnya bersama ayahnya, Encik Zulkifli Atnawi (kanan) dan adiknya, Encik Zulfeqar Zulkifli (kiri). - Foto BM oleh SHAFIQ APANDI
Sekitar 230 hadirin, terdiri daripada pemimpin nasional dan masyarakat serta rakan kongsi BH, memenuhi dewan ballroom Hotel Four Seasons semasa Majlis Anugerah Jauhari 2024 pada 25 Oktober. Ia diserikan tetamu terhormat, Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung (atas pentas).
Sekitar 230 hadirin, terdiri daripada pemimpin nasional dan masyarakat serta rakan kongsi BH, memenuhi dewan ballroom Hotel Four Seasons semasa Majlis Anugerah Jauhari 2024 pada 25 Oktober. Ia diserikan tetamu terhormat, Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung (atas pentas). - Foto BM oleh NUR DIYANA TAHA
Tetamu terhormat Anugerah Jauhari 2024, Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung (kanan), beramah mesra dengan penerima Anugerah Jauhari 2024, Cef Akmal Anuar (tiga dari kiri) dan penerima Anugerah Jauhari Harapan 2024, Cik Zulayqha Zulkifli (dua dari kiri). Turut bersama ialah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SPH Media, Encik Chan Yeng Kit (kiri), Editor BH, Encik Nazry Mokhtar (dua dari kanan), dan Pengurus Besar Yayasan FairPrice, Cik Jean Khong (tiga dari kanan).
Tetamu terhormat Anugerah Jauhari 2024, Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung (kanan), beramah mesra dengan penerima Anugerah Jauhari 2024, Cef Akmal Anuar (tiga dari kiri) dan penerima Anugerah Jauhari Harapan 2024, Cik Zulayqha Zulkifli (dua dari kiri). Turut bersama ialah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SPH Media, Encik Chan Yeng Kit (kiri), Editor BH, Encik Nazry Mokhtar (dua dari kanan), dan Pengurus Besar Yayasan FairPrice, Cik Jean Khong (tiga dari kanan). - Foto BM oleh NUR DIYANA TAHA
Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung (kanan) disambut Ketua Editor Kumpulan Media Inggeris/Melayu/Tamil SPH Media, Encik Wong Wei Kong (kiri), ketika beliau tiba di Hotel Four Seasons pada 25 Oktober.
Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung (kanan) disambut Ketua Editor Kumpulan Media Inggeris/Melayu/Tamil SPH Media, Encik Wong Wei Kong (kiri), ketika beliau tiba di Hotel Four Seasons pada 25 Oktober. - Foto BM oleh SHAFIQ APANDI
Penyanyi dan komposer Singapura, Rudy Djoe (kiri), bersama pendidik seni dan pengarah muzik, Syafiqah ‘Adha Sallehin (kanan), yang juga penerima Anugerah Jauhari Inspirasi 2018, mendendangkan lagu semasa Majlis Anugerah Jauhari 2024.
Penyanyi dan komposer Singapura, Rudy Djoe (kiri), bersama pendidik seni dan pengarah muzik, Syafiqah ‘Adha Sallehin (kanan), yang juga penerima Anugerah Jauhari Inspirasi 2018, mendendangkan lagu semasa Majlis Anugerah Jauhari 2024. - Foto BM oleh NUR DIYANA TAHA
Antara hadirin Majlis Anugerah Jauhari 2024 ialah penerima Anugerah Jauhari 2023, Encik Shahrin Abdol Salam (kiri), dan penerima Anugerah Jauhari 2018, Encik Bahren Shaari (kanan), yang bersenyum lebar ketika berswafoto bersama.
Antara hadirin Majlis Anugerah Jauhari 2024 ialah penerima Anugerah Jauhari 2023, Encik Shahrin Abdol Salam (kiri), dan penerima Anugerah Jauhari 2018, Encik Bahren Shaari (kanan), yang bersenyum lebar ketika berswafoto bersama. - Foto BM oleh NUR DIYANA TAHA
Hampir semua wartawan dan kakitangan BH bergambar di penutup majlis. BH mempunyai sekitar 60 kakitangan yang menerbitkan kandungan berbilang media merentasi wadah digital, media sosial, dan cetak.
Hampir semua wartawan dan kakitangan BH bergambar di penutup majlis. BH mempunyai sekitar 60 kakitangan yang menerbitkan kandungan berbilang media merentasi wadah digital, media sosial, dan cetak. - Foto BM oleh NUR DIYANA TAHA
(Dari kiri) Ahli Lembaga Pengarah Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS), Cik Jummaida Rusdon; Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Perkhidmatan Kanak-Kanak Oaks Plus Limited, Cik Rahayu Mohamad; Penerima Anugerah Jauhari 2024, Cef Akmal Anuar; dan Ketua Pegawai Eksekutif PPIS, Cik Aidaroyani Adam, kelihatan gembira bergambar bersama pada malam itu.
(Dari kiri) Ahli Lembaga Pengarah Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS), Cik Jummaida Rusdon; Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Perkhidmatan Kanak-Kanak Oaks Plus Limited, Cik Rahayu Mohamad; Penerima Anugerah Jauhari 2024, Cef Akmal Anuar; dan Ketua Pegawai Eksekutif PPIS, Cik Aidaroyani Adam, kelihatan gembira bergambar bersama pada malam itu. - Foto BM oleh NUR DIYANA TAHA
Presiden Persatuan Pemuda Pemudi Melayu (4PM), Encik Nassar Mohamad Zain (kiri) bertukar pandangan bersama Penerima Anugerah Jauhari Harapan 2024, Cik Zulayqha Zulkifli (kanan).
Presiden Persatuan Pemuda Pemudi Melayu (4PM), Encik Nassar Mohamad Zain (kiri) bertukar pandangan bersama Penerima Anugerah Jauhari Harapan 2024, Cik Zulayqha Zulkifli (kanan). - Foto BM oleh NUR DIYANA TAHA
Majlis Anugerah Jauhari 2024 turut diserikan kehadiran (dari kiri) Pengarah Banyan Clinic Pte Ltd, Dr Elly Sabrina Ismail; Pengurus Banyan Clinic@JW, Dr Zuraimi Mohamed Dahlan; Ketua Lab Berita BH, Encik Farid Hamzah; Presiden Persatuan Bertindak Ginjal Bagi Masyarakat Islam (MKAC) Encik Ameerali Abdeali; dan Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Ain, Encik Md Yusof Ismail.
Majlis Anugerah Jauhari 2024 turut diserikan kehadiran (dari kiri) Pengarah Banyan Clinic Pte Ltd, Dr Elly Sabrina Ismail; Pengurus Banyan Clinic@JW, Dr Zuraimi Mohamed Dahlan; Ketua Lab Berita BH, Encik Farid Hamzah; Presiden Persatuan Bertindak Ginjal Bagi Masyarakat Islam (MKAC) Encik Ameerali Abdeali; dan Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Ain, Encik Md Yusof Ismail. - Foto BM oleh NUR DIYANA TAHA
Wartawan media sosial BH, Cik Ameerah Sallehuddin (kiri); Penerbit dan Penyampai NoTapis, Cik Natasha Mustafa (dua dari kiri); dan Pencipta Kandungan OMG, Cik Nur Sabrina Masri (tiga dari kiri), berceloteh ketika mengendalikan sesi ‘TikTok Live’ bagi Majlis Anugerah Jauhari 2024.
Wartawan media sosial BH, Cik Ameerah Sallehuddin (kiri); Penerbit dan Penyampai NoTapis, Cik Natasha Mustafa (dua dari kiri); dan Pencipta Kandungan OMG, Cik Nur Sabrina Masri (tiga dari kiri), berceloteh ketika mengendalikan sesi ‘TikTok Live’ bagi Majlis Anugerah Jauhari 2024. - Foto BM oleh NUR DIYANA TAHA
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg