Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Golf Amal Masjid Ar-Raudhah jaya kumpul lebih $314,000

Oct 11, 2024 | 5:30 AM
Acara Golf Amal anjuran Masjid Ar-Raudhah pada 2 Oktober 2024 di Warren Golf & Country Club mendapat sambutan menggalakkan.
Acara Golf Amal anjuran Masjid Ar-Raudhah pada 2 Oktober 2024 di Warren Golf & Country Club mendapat sambutan menggalakkan. - Foto MASJID AR-RAUDHAH

Masjid Ar-Raudhah telah mengadakan acara Golf Amal pada 2 Oktober 2024 lalu.

Acara ini bertujuan menyokong kerja peningkatan masjid dan dana yang terkumpul akan disalurkan kepada kos naik taraf masjid tersebut.

Seramai 144 pemain golf turut serta dengan sebanyak 36 tempat dipenuhi. Acara Golf Amal ini diadakan di Warren Golf & Country Club.

Menurut Pengerusi Eksekutif Kanan Masjid Ar-Raudhah, Ustaz Mohamed Ali Atan, pihak masjid amat teruja dengan sambutan orang ramai.

Selain mencari dana, acara tersebut juga bertujuan menyambut ulang tahun Masjid Ar-Raudhah ke-31. Sejauh ini, sekitar $5 juta telah dikumpulkan dengan sumbangan padu diterima daripada jemaah dan dermawan.

Dalam acara Golf Amal itu, pihak masjid turut menerima sumbangan daripada badan-badan perniagaan dan korporat di sini, akar umbi, serta sumbangan daripada masjid setempat lain.

Antaranya, Masjid Hussain Sulaiman yang menderma sebanyak $30,000, dan kumpulan Nur Al-Quran $22,000. Syarikat pasar raya Sheng Siong juga menderma sebanyak $60,000 dan ini menjadikan jumlah terkumpul $314,000.

“Alhamdulillah, atas sokongan yang diterima daripada orang ramai termasuk juga daripada penderma berbilang agama dan kaum, acara Golf Amal Masjid Ar-Raudhah berjaya mengumpul $150,000 dan ini bermakna sebanyak $314,000 telah diraih dalam acara tersebut.

“Setelah mendapat kelulusan daripada Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), kami kini bersedia untuk menjalani kerja peningkatan. Kos peningkatan prasarana ini dianggarkan menelan belanja sebanyak $8.5 juta. Sejauh ini pula, lebih kurang $5 juta telah dikumpulkan dengan sumbangan padu yang kami terima daripada jemaah dan penderma budiman sekalian,” jelas Ustaz Mohamed Ali.

Kerja baik pulih Masjid Ar-Raudhah ini apabila siap kelak akan meluaskan lagi ruang solat, serta pemasangan kemudahan untuk kegunaan warga emas dan jemaah kurang upaya. Peningkatan untuk bilik darjah bagi kelas tadika juga bakal dilaksanakan.

“Sebagai Pengerusi Eksekutif Kanan di Masjid Ar-Raudhah, saya dengan rendah hati ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah menyokong dengan baik acara Golf Amal ini serta menghulurkan sumbangan yang sangat bernilai.

“Terima kasih yang tidak terhingga kepada jawatankuasa serta penasihat golf yang diketuai oleh Encik Zainal Samat, dan rakan-rakan yang lain, yang telah bersama membantu kami dari mula hingga akhir. Serta memberi nasihat dan tunjuk ajar untuk mengadakan acara Golf Amal ini, tanpa bayaran, dan sebagai sumbangan ikhlas, demi untuk masjid ini dan masyarakat setempat,” tambah Ustaz Mohamed Ali.

Cara untuk memberi sumbangan kepada projek peningkatan Masjid Ar-Raudhah:

1. PayNow ke: UEN S93MQ0024E. Isikan ‘Infak MUP’ dalam ruangan ‘rujukan’. Setelah membuat sumbangan, sila WhatsApp ke talian 9461-4306.

2. Pemindahan bank ke dalam akaun semasa OCBC 501-806368-001.

3. Hantarkan cek atas nama Lembaga Pentadbir Masjid Ar-Raudhah dan poskan ke alamat 30 Bukit Batok East Avenue 2, Singapura 659919.

4. Imbas kod QR yang tertera.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg