Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Masjid teruskan tradisi anjur majlis Maulidur Rasul perkukuh kebersamaan

Aug 18, 2024 | 5:30 AM
Pegawai Dakwah Masjid Ar-Raudhah, Ustaz Ibrohim Sadikin (atas pentas, tengah) sebagai moderator bersama penceramah undangan, Ustaz Ma’az Sallim, dan Ustazah Kalthom Isa pada majlis Maulidur Rasul pada 2023 yang berlangsung di Masjid Ar-Raudhah.
Pegawai Dakwah Masjid Ar-Raudhah, Ustaz Ibrohim Sadikin (atas pentas, tengah) sebagai moderator bersama penceramah undangan, Ustaz Ma’az Sallim, dan Ustazah Kalthom Isa pada majlis Maulidur Rasul pada 2023 yang berlangsung di Masjid Ar-Raudhah. - Foto MASJID AR-RAUDHAH

Masjid Ar-Raudhah berharap dapat menghimpunkan sokongan orang ramai agar menghadiri, Majlis Kemuncak Maulidur Rasul 1446H, untuk beroleh keberkatan bersama.

Menurut Pengerusi Eksekutif Kanan Masjid Ar-Raudhah, Ustaz Mohamed Ali Atan, pihaknya mengharapkan sokongan ramai bagi acara maulud yang bakal diadakan pada September 2024.

“Kami dengan rendah hati mengundang semua jemaah agar turut serta dalam menyokong dan menjayakan program yang dirancang ini,” kata Ustaz Mohamed Ali.

Majlis Maulidur Rasul itu akan mengetengahkan bacaan Maulid beramai-ramai, syarahan ustaz jemputan dan dendangan qasidah daripada kumpulan yang diundang.

“Kami amat mengalu-alukan sokongan jemaah untuk menjayakan acara ini. Semoga acara ini berjalan lancar dan memberi manfaat kepada seluruh masyarakat Islam di sini,” tambah beliau.

Menurut pihak penganjur, sumbangan yang diterima melalui acara tersebut akan disalurkan bagi memenuhi keperluan berikut:

* Habuan untuk penceramah undangan yang akan berkongsi pengajaran bermakna tentang kehidupan dan ajaran Rasulullah saw.

* Habuan untuk kumpulan qasidah: Menghormati dan memuliakan Rasulullah saw melalui persembahan qasidah dan selawat yang memuji kebesaran Baginda.

* Alat pandang dengar dan sistem bunyi: Memastikan setiap ucapan dan penampilan dapat disampaikan dengan jelas dan bermutu tinggi.

* Makanan berbungkus untuk jemaah: Menyediakan hidangan ringan demi keselesaan jemaah yang hadir, memastikan mereka dapat berkongsi kebahagiaan dalam suasana mesra.

* Projek peningkatan dan naik taraf: Melalui dana yang terkumpul, menjalankan projek bagi meningkatkan kemudahan masjid demi manfaat bersama.

“Dengan kerjasama dan sokongan anda, kita dapat menjadikan Majlis Kemuncak Maulidur Rasul 1446H sebagai pengalaman yang bermakna dan penuh berkat.

“Semoga sumbangan anda diterima dengan penuh keberkatan. Terima kasih atas sokongan anda yang berterusan dalam memperkukuhkan jalinan keimanan dan kebersamaan dalam masyarakat.”

Majlis Kemuncak Maulidur Rasul 1446H akan diadakan pada 15 September selepas maghrib di Masjid Ar-Raudhah. Orang ramai dipersilakan hadir.

Cara menyumbang bagi Majlis Kemuncak Maulidur Rasul 1446H:

1. Tabung Masjid: Sila masukkan sumbangan anda ke dalam tabung yang disediakan di masjid.

2. PayNow ke UEN S93MQ0024E, atau imbas kod QR yang tertera.

3. Pemindahan bank ke dalam akaun semasa OCBC 501-806368-001.

* Pastikan menambah ‘Maulid24’ dalam ruang ‘rujukan’ untuk pengesahan yang lancar. Sila sertakan tangkap layar transaksi dan WhatsApp ke talian 9461-4306 dengan format <Nama> <Maulid24> untuk tujuan rekod.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg