Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Peluang belajar gubah bunga, tuala bagi golongan keperluan khas

Jul 18, 2023 | 7:05 PM
TINGKAT KEMAHIRAN: Benefisiari dari Pusat APSN untuk Dewasa belajar menghasilkan gubahan bunga.
TINGKAT KEMAHIRAN: Benefisiari dari Pusat APSN untuk Dewasa belajar menghasilkan gubahan bunga. - Foto BH oleh NUR DIYANA TAHA

Sebagai sebahagian acara tahunan Marina Bay Sands untuk Pesta Amal Singapura, resort bersepadu itu telah menganjurkan bengkel bagi benefisiari dari Sekolah Senior Delta dan Pusat Persatuan Golongan Kurang Upaya (APSN) untuk Dewasa pada Selasa.

Semasa bengkel separuh hari itu, kakitangan Marina Bay Sands berkongsi kemahiran menggubah tuala dan bunga dengan benefisiari itu.

Kemahiran praktikal itu bukan sahaja berupaya meningkatkan kreativiti dan ketangkasan mereka, bahkan juga mempersiap mereka bagi peluang pekerjaan dalam industri hotel dan acara.

Demikian merupakan sebahagian daripada usaha APSN untuk menyediakan pendidikan khas, latihan vokasional dan perkhidmatan sokongan pekerjaan bagi individu kurang upaya intelek ringan (IQ 50-70).

Melalui kerjasama bersama syarikat yang mempunyai pemikiran yang sama, APSN berkata mereka dapat terus menawarkan benefisiari dengan pelbagai peluang meningkatkan kemahiran serta menyumbang secara aktif kepada masyarakat.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg