Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Golongan muda S’pura lebih rasa terasing berbanding golongan lebih tua

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Golongan muda S’pura lebih rasa terasing berbanding golongan lebih tua

Jan 29, 2024 | 06:42 PM



Rakyat muda Singapura, terutamanya mereka yang berusia antara 21 dan 34 tahun, melaporkan mengalami tahap pengasingan sosial serta kesunyian yang lebih tinggi, berbanding kumpulan usia yang lebih tua.

Menurut dapatan tinjauan yang dijalankan Institut Kajian Dasar (IPS) pada 2023, ia juga mendapati responden berusia 21 hingga 34 tahun, yang belum berkahwin atau mempunyai pasangan, lebih berkemungkinan melaporkan markah kesunyian lebih tinggi, berbanding rakan sebaya mereka yang berpasangan.

Demografi ini mencatatkan markah purata tertinggi pada Skala Kesepian Tiga Perkara, ukuran yang digunakan untuk menilai tahap kesepian dengan cepat dalam tinjauan berskala besar.

Semasa pandemik Covid-19, apabila sekatan dan langkah-langkah jarak selamat menjejas interaksi seharian dengan rakan dan keluarga, kebimbangan mengenai “wabak kesepian” semakin meningkat, menurut IPS.

Meskipun kesunyian sering disifatkan sebagai isu warga emas, kajian terkini menunjukkan bahawa golongan muda juga tidak terkecuali.

“Sememangnya, dapatan tinjauan ini menunjukkan golongan muda lebih cenderung melaporkan tahap pengasingan sosial dan kesunyian lebih tinggi, dengan mereka dalam kumpulan usia antara 21 hingga 34 tahun melaporkan markah kesepian lebih tinggi,” kata IPS dalam satu kenyataannya. 

Tinjauan itu dijalankan antara November dan Disember 2023, dan dapatan itu dikongsi ketika persidangan Perspektif Singapura 2024 pada 29 Januari.

Seramai 2,356 rakyat Singapura dan penduduk tetap berusia antara 21 hingga 64 tahun menyertai tinjauan yang dijalankan dalam talian itu. 

Dalam pada itu, tinjauan IPS itu turut mendapati lebih separuh daripada mereka dalam kumpulan usia 21 hingga 34 lebih mudah berkomunikasi secara dalam talian berbanding di luar talian dan berasa cemas jika mereka terpaksa berinteraksi dengan orang lain secara berdepan, dedah IPS.

Hanya tiga dalam 10 daripada mereka yang berusia 50 hingga 64 tahun mengongsi perasaan yang sama.

“Beberapa pandangan di sebalik mengapa (belia) akan melaporkan tahap pengasingan sosial yang lebih tinggi adalah kerana mereka berada di peringkat kehidupan apabila mereka sepatutnya membuat peralihan ke tempat kerja, peralihan ke pendidikan tinggi, dan terlepas banyak peluang ini semasa pandemik,” kata Dr Chew Han Ei, felo penyelidik kanan di IPS, sewaktu taklimat media pada 26 Januari.

“Mereka tidak menghadiri orientasi, mereka tidak perlu mengikuti program pengalaman pekerjaan di luar negara, dan tidak ada interaksi untuk memperkenalkan diri mereka di tempat kerja atau orientasi fizikal di mana mereka dapat bertemu orang lain.

“Oleh itu, mereka terlepas peluang untuk membina hubungan sosial ini, dan bagi pendapat saya, ini boleh menjadi salah satu sebab (responden belia melaporkan tahap kesunyian yang lebih tinggi).”

Tinjauan IPS itu turut menyelidik landskap kesihatan mental di Singapura, dengan peserta yang lebih muda berharap untuk melihat peningkatan sokongan kesihatan mental di sekolah dan tempat kerja.

Sebaliknya, responden yang lebih tua berusia  50 hingga 64 tahun mencari maklumat yang lebih mudah diakses tentang tempat untuk mendapatkan sokongan kesihatan mental.

Dapatan tinjauan itu mencadangkan jurang generasi dalam cara rakyat Singapura mengalami dan menangani isu kesihatan mental dan interaksi sosial.

Dengan golongan muda menunjukkan tahap kesunyian dan kebimbangan sosial yang lebih tinggi, terdapat seruan untuk meningkatkan sistem sokongan bagi meningkatkan kesejahteraan mental, terutamanya dalam institusi pendidikan dan persekitaran profesional.

IPS menjalankan tinjauan itu sebagai sebahagian daripada persidangan Perspektif Singapura 2024, yang memberi tumpuan kepada tema ‘Belia’.

Persidangan itu bertujuan untuk meneroka cabaran yang dihadapi oleh golongan muda Singapura dalam landskap sosioekonomi dan teknologi yang berubah dengan pantas ketika ini. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >