Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Lebih ramai anak muda S’pura ingin bina hidup selesa sebelum berkahwin

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih ramai anak muda S’pura ingin bina hidup selesa sebelum berkahwin

Jan 29, 2024 | 05:28 PM



Sejumlah besar golongan muda Singapura beranggapan mereka masih mampu hidup bersendirian tanpa perlu berkahwin dan mempunyai anak, namun begitu ramai dalam kalangan mereka berharap dapat mendirikan rumah tangga suatu hari kelak.

Demikian menurut satu dapatan tinjauan pra-persidangan yang mendedahkan peralihan sikap ini di kalangan belia Singapura mengenai perkahwinan dan keibubapaan.

Dapatan yang dikeluarkan oleh Institut Kajian Dasar (IPS), telah dikongsi sewaktu persidangan Perspektif Singapura 2024 pada 29 Januari.

Dianjurkan setiap tahun, Perspektif Singapura bertujuan mendampingi warga Singapura dalam perbahasan mengenai cabaran dasar awam yang dihadapi oleh negara ini.

Tinjauan itu yang dijalankan antara November dengan Disember 2023, meninjau 2,356 rakyat Singapura dan penduduk tetap Singapura dalam tiga kumpulan:  21 hingga 34 tahun, 35 hingga 49 tahun dan 50 hingga 64 tahun.

Bertemakan ‘Belia’, persidangan tahun ini terdiri daripada tiga forum dalam talian yang diadakan pada 22 Januari, disusuli dengan persidangan secara fizikal pada 29 Januari.

Hasil tinjauan tersebut menunjukkan tujuh daripada 10 warga Singapura yang lebih muda, terutamanya dalam kumpulan usia 21 hingga 34 tahun, mendapati ia suatu perkara yang masih boleh diterima untuk hidup bujang dan tidak mempunyai anak.

Sebanyak 82 peratus daripada kumpulan usia ini bersetuju atau sangat bersetuju bahawa ia boleh diterima jika seseorang individu memilih untuk kekal bujang. Ini berbanding 78 peratus bagi kumpulan usia antara 35 hingga 49 tahun dan 75 peratus bagi kumpulan 50 hingga 64 tahun. 

Sehubungan itu, 70 peratus tidak menganggap perkahwinan sebagai satu keperluan, manakala 72 peratus tidak menganggap mempunyai anak dalam perkahwinan itu penting.

Sungguhpun begitu, masih terdapat aspirasi daripada golongan muda berusia antara 21 hingga 34 tahun untuk menubuhkan sebuah keluarga, dengan 68 peratus mereka yang belum berkahwin menyatakan mereka mungkin akan berkahwin di masa hadapan.

Aspirasi ini lebih ketara di kalangan mereka yang sedang menjalin hubungan.

Di kalangan mereka yang mempunyai pasangan, sekitar 84 peratus menjangkakan mereka akan berkahwin di Singapura pada masa hadapan.

Tinjauan itu juga meneroka beberapa rintangan yang menghalang anak muda Singapura daripada meneruskan kehidupan berkeluarga.

Ramai di kalangan mereka, menyatakan bahawa tidak bertemu orang yang tepat dan lebih suka membujang adalah sebab utama untuk tidak berpasangan atau berkahwin.

Sementara itu, terdapat juga sebilangan mereka yang menyatakan bahawa kerjaya serta menekankan kos perkahwinan yang tinggi di Singapura sebagai penghalang.

Berkenaan keibubapaan, kos tinggi dan tekanan yang berkaitan dengan membesarkan anak-anak adalah sebab utama yang diutarakan sebahagian besar responden yang ditinjau.

Dr Chew Han Ei, felo penyelidik kanan di IPS berkata anak muda Singapura mempunyai pencapaian tertentu yang ingin mereka kecapi dahulu, tidak seperti generasi terdahulu. 

“Apabila anda bercakap dengan belia, mereka seakan mempunyai kotak pilihan sebelum mereka mempertimbangkan soal perkahwinan dan keibubapaan.

“Dan kotak pilihan ini hampir semuanya bersifat kebendaan – mereka mahukan kehidupan yang selesa, mereka mahu pekerjaan yang baik, mereka mahukan keupayaan untuk memiliki rumah – dan kemudian mereka akan berkata ‘Baiklah, kemudian perkahwinan’,” katanya.

“Jika anda lihat mungkin dua generasi lalu… keutamaannya, bagi saya, sama beratnya: ‘Saya berkahwin, mendapat pekerjaan dan mempunyai anak’.

“Namun sekarang, apabila anda bercakap dengan anak muda, mereka mahukan kehidupan yang selesa terlebih dahulu.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >