Grab Singapore menganjurkan acara buka puasa untuk pemandu dan penghantar Muslim mereka baru-baru ini, dan mengagihkan pek penjagaan Ramadan di acara yang diadakan di Paya Lebar Quarter (PLQ) Plaza.
Dari 25 hingga 31 Mac, sekitar 200 hingga 250 bungkusan makanan bento diagihkan kepada pemandu dan penghantar makanan untuk berbuka puasa. Makanan bento tersebut berisi nasi lemak atau mi goreng.
Ini disertakan dengan minuman daripada Broti, yang juga rakan kerja Grab Singapore dan peniaga milik Muslim.
Selain itu, Grab Singapore memperkenalkan Van Kebajikan GrabBenefits 2.0 di sana, yang menawarkan perkhidmatan kesihatan percuma.
Ini sambil para pemandu dan penghantar makanan berpeluang untuk mengetahui lebih lanjut tentang faedah yang ditawarkan di bawah GrabBenefits 2.0.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg