Topik diikuti
Pergi ke BHkuPuan Halimah: Guna AI sebagai alat, usah diperalat
Puan Halimah: Guna AI sebagai alat, usah diperalat
Gesa pekerja agar tidak takut dengan teknologi baru; syarikat harus bertanggungjawab apabila ganti pekerja dengan AI
May 23, 2026 | 6:01 PM
Puan Halimah: Guna AI sebagai alat, usah diperalat
Mantan Presiden Singapura, Puan Halimah Yacob (kiri), pada sesi dialog semasa persidangan Tinjauan Masyarakat (CIR) 2026 anjuran AMP Singapura dan sayap penyelidikannya, Pusat Penyelidikan Hal Ehwal Islam dan Melayu (Rima), yang diadakan pada 23 Mei. Bersamanya ialah Pengerusi Rima, Dr Mohd Nawab Mohd Osman. - Foto BM oleh NUR DIYANA TAHA
Sedang penggunaan kecerdasan buatan (AI) menjadi lebih meluas, pekerja perlu ingat bahawa teknologi itu hanya satu alat untuk menyokong dan bukan untuk menggantikan atau memperalatkan mereka.
Menyatakan demikian di sesi dialog semasa persidangan Tinjauan Masyarakat (CIR) 2026 pada 23 Mei, Mantan Presiden Singapura, Puan Halimah Yacob, turut mengingatkan pekerja agar tidak berasa takut dengan teknologi baru itu hingga tidak dapat bertindak.
Laporan berkaitan
‘Pekerja bukan sekadar modal’: Puan Halimah kritik kenyataan CEO StanChartMay 20, 2026 | 3:46 PM
Gelombang pemberhentian kerja: Isyarat awal transformasi struktur ekonomiMay 22, 2026 | 7:45 PM
