Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Guru agama SG dakwa berbual dengan WP, desak perjuang hak masyarakat Islam

Apr 26, 2025 | 1:07 AM
 Facebook Encik Noor Deros.
Hantaran Facebook Encik Noor Deros. - Foto FACEBOOK NOOR DEROS

Seorang guru agama rakyat Singapura, Encik Noor Deros, mendakwa telah berbual dengan Parti Pekerja (WP), dan menggesa parti itu untuk mengutamakan hak-hak dan keprihatinan masyarakat Melayu/Islam.

Beliau, yang kini menetap di Malaysia, juga berkata beliau telah bercakap dengan “kesemua calon-calon” WP, dan parti pembangkang itu telah “menyahut permintaan asatizah” untuk memperjuangkan permintaan dan tawaran bagi masyarakat Melayu/Islam Singapura.

Encik Noor Deros menyatakan bahawa WP “mengambil serius” desakannya untuk “membawa ke Parlimen isu kongkongan dan pengawalan ke atas agama Islam dan pengamalannya di Singapura melalui Akta Pentadbiran Hukum Islam (Amla) dan institusi berkaitan seperti Majlis Ugama Islam Singapura”.

Antara permintaannya yang lain termasuk menggesa WP dan calon pilihan raya lain untuk tidak memperjuangkan atau mempertahan apa-apa perkara berkaitan normalisasi LGBTQ+, dan mengambil pendirian tegas terhadap Israel serta mengiktiraf negara Palestin.

Dalam kiriman Facebook pertama itu, Encik Noor Deros berkata: ‘WP belum beri janji yang benar-benar konkrit namun saya dan beberapa asatizah hargai kesediaan mereka berbincang dengan kami’.

Kiriman asal itu ditukil Encik Noor Deros lagi dalam kiriman susulan pada 25 April, Encik Noor Deros.

Hantaran Facebook Encik Noor Deros.
Hantaran Facebook Encik Noor Deros. - Foto FACEBOOK NOOR DEROS

Dalam hantaran Facebook yang lain, Encik Noor Deros turut menyifatkan Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, sebagai seorang yang tidak melindungi hak dan keinginan masyarakat Melayu/Islam Singapura.

Malah, Encik Noor Deros yang dahulu pernah mengajar agama di Singapura, membandingkan Encik Masagos dengan naib pengerusi WP, Encik Faisal Manap, berkaitan isu pemakaian tudung yang dibangkitkan di Parlimen.

Atas dasar ini, dan juga beberapa isu berkaitan masyarakat Melayu/Islam lain, Encik Noor Deros menggesa pengikutnya di Facebook, khususnya mereka yang tinggal di GRC Tampines, untuk mengundi Encik Faisal, yang sedang bertanding di GRC tersebut pada Pilihan Raya Umum 2025 (GE2025).

Catatan Encik Noor Deros ini merupakan antara beberapa catatan warga Singapura yang telah didapati memuat naik kata-kata yang berbaur perkauman dan agama sempena musim pilihan raya.

Rakyat Singapura bakal keluar mengundi pada 3 Mei.

Pada 25 April, Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) dan Jabatan Pilihan Raya (ELD), mengeluarkan kenyataan menggesa semua parti politik dan calon mereka, serta pertubuhan agama, pemimpin dan orang ramai untuk menjaga keharmonian Singapura yang amat berharga.

“Kita tidak boleh mencampuradukkan agama dan politik. Singapura adalah sebuah negara sekular. Institusi kita melayani semua rakyat Singapura secara sama rata. Membawa agama ke dalam politik akan menjejaskan perpaduan dan keharmonian sosial, seperti yang kita lihat di negara lain yang mempunyai politik berasaskan kaum atau agama.

“Kami menyedari bahawa dasar awam kadangkala mungkin melibatkan perkara yang berkaitan dengan agama. Pemerintah akan terus mendekati warga secara meluas, termasuk kumpulan agama, untuk mendengar pandangan mereka dan memastikan ia diambil kira,” kata kenyataan itu.

Encik Noor Deros
Encik Noor Deros -

Seorang pengguna Facebook bernama ‘Zai Nal’, mengongsi hantaran Encik Noor Deros, dan menuduh beberapa Anggota Parlimen (AP) Melayu/Islam sebagai gagal mewakili kepentingan masyarakat Islam, dan mengatakan bahawa masyarakat Islam tempatan tidak memerlukan AP Melayu lain yang tidak mewakili pandangan mereka.

Beliau turut mengatakan bahawa masyarakat Islam tempatan tidak memerlukan AP Melayu lain yang tidak mewakili pandangan mereka.

Pengguna Facebook ‘Zai Nal’ itu dikenal pasti sebagai Encik Zulfikar Mohamad Shariff, seorang warga Australia yang menggugurkan kewarganegaraan Singapura miliknya pada 2020.

Beliau pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 2016 kerana aktif mempromosikan pengganasan dan memuji kumpulan pengganas ISIS secara dalam talian.

Beliau turut memuat naik beberapa hantaran mengecam AP Melayu/Islam berkenaan isu tudung. Hantarannya disiar semula oleh Ketua Pemuda PAS Selangor, Encik Mohamed Sukri Omar, yang juga membuat hantaran-hantaran lain berkenaan GE2025.

Pada 25 April, Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) mengeluarkan Arahan Pembetulan kepada syarikat Meta, untuk melumpuhkan akses pengguna Singapura kepada beberapa hantaran yang diterbitkan di Facebook oleh warga asing semasa tempoh pilihan raya.

Arahan tersebut turut dikenakan kepada Bendahari Negara Parti Islam SeMalaysia (PAS), Encik Iskandar Abdul Samad, yang menyatakan sokongan kepada beberapa calon yang sedang bertanding dalam GE2025.

Menurut MHA dan ELD, hantaran melibatkan warga asing itu menggesa rakyat Singapura untuk mengundi atas garis perkauman dan agama, dan telah membawa kepada lebih banyak siaran media sosial yang serupa, yang disifatkan oleh MHA dan ELD sebagai “berpotensi untuk memecahkan keharmonian berbilang kaum dan agama” di Singapura.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg