Politik
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

S’pura sekat kiriman Facebook warga asing yang cuba pengaruhi pilihan raya

Kiriman dibuat 2 ahli politik M’sia, bekas tahanan ISA
Apr 25, 2025 | 10:00 PM
Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA), sebagai Penolong Pegawai Pengurus Undi, telah mengeluarkan Arahan Pembetulan kepada Meta, untuk melumpuhkan akses pengguna Singapura kepada beberapa Iklan Pilihan Raya Dalam Talian (OEA) yang diterbitkan di Facebook oleh warga asing semasa tempoh pilihan raya.
Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA), sebagai Penolong Pegawai Pengurus Undi, telah mengeluarkan Arahan Pembetulan kepada Meta, untuk melumpuhkan akses pengguna Singapura kepada beberapa Iklan Pilihan Raya Dalam Talian (OEA) yang diterbitkan di Facebook oleh warga asing semasa tempoh pilihan raya. - Foto fail

Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA), sebagai Penolong Pegawai Pengurus Undi, telah mengeluarkan Arahan Pembetulan kepada syarikat Meta, untuk melumpuhkan akses pengguna Singapura kepada beberapa Iklan Pilihan Raya Dalam Talian (OEA) yang diterbitkan di Facebook oleh warga asing semasa tempoh pilihan raya.

Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) dan Jabatan Pilihan Raya (ELD), dalam satu kenyataan bersama yang dikeluarkan pada 25 April, berkata mereka telah mengeluarkan arahan tersebut di bawah Seksyen 61N Akta Pilihan Raya Parlimen (PEA) setelah mengenal pasti beberapa warga asing yang cuba mempengaruhi Pilihan Raya Umum 2025 (GE2025).

Catatan yang dikenakan arahan tersebut termasuk catatan Facebook oleh Bendahari Negara Parti Islam SeMalaysia (PAS), Encik Iskandar Abdul Samad, yang menyatakan sokongan kepada beberapa calon yang sedang bertanding dalam GE2025.

Beliau berkongsi beberapa hantaran di Facebook yang menunjukkan sokongan kepada anggota-anggota Parti Pekerja (WP) seperti Encik Faisal Manap, Cik Siti Alia Abdul Rahim Mattar, Encik Sufyan Mikhail Putra, Encik Abdul Muhaimin Abdul Malik, serta calon Parti Demokratik Singapura (SDP), Encik Damanhuri Abas.

Bendahari Negara Parti Islam SeMalaysia (PAS) Encik Iskandar Abdul Samad menyatakan sokongan kepada anggota-anggota Parti Pekerja (WP) seperti Encik Faisal Manap, Cik Siti Alia Abdul Rahim Mattar, Encik Sufyan Mikhail Putra, Encik Abdul Muhaimin Abdul Malik, serta calon Parti Demokratik Singapura (SDP), Encik Damanhuri Abas.
Bendahari Negara Parti Islam SeMalaysia (PAS) Encik Iskandar Abdul Samad menyatakan sokongan kepada anggota-anggota Parti Pekerja (WP) seperti Encik Faisal Manap, Cik Siti Alia Abdul Rahim Mattar, Encik Sufyan Mikhail Putra, Encik Abdul Muhaimin Abdul Malik, serta calon Parti Demokratik Singapura (SDP), Encik Damanhuri Abas. - Foto FACEBOOK ISKANDAR ABDUL SAMAD

Seorang lagi pengguna Facebook bernama ‘Zai Nal’, juga telah dikeluarkan Arahan Pembetulan susulan hantarannya yang menuduh beberapa Anggota Parlimen (AP) Melayu/Islam gagal mewakili kepentingan masyarakat Islam, dan mengatakan bahawa masyarakat Islam tempatan tidak memerlukan AP Melayu lain yang tidak mewakili pandangan mereka.

Sementara itu, Ketua Pemuda PAS Selangor, Encik Mohamed Sukri Omar, juga telah dikeluarkan Arahan Pembetulan yang sama kerana menyiarkan semula hantaran Facebook ‘Zai Nal’.

Ketua Pemuda PAS Selangor, Encik Mohamed Sukri Omar, juga telah dikeluarkan Arahan Pembetulan yang sama, kerana menyiarkan semula hantaran Facebook ‘Zai Nal’.
Ketua Pemuda PAS Selangor, Encik Mohamed Sukri Omar, juga telah dikeluarkan Arahan Pembetulan yang sama, kerana menyiarkan semula hantaran Facebook ‘Zai Nal’. - Foto FACEBOOK MOHAMED SUKRI OMAR

MHA dan ELD berkata: “Warga asing tidak boleh mengarah, membiayai atau dalam apa cara sekalipun mempengaruhi pilihan raya Singapura.

“Adalah satu kesalahan di bawah Akta Pilihan Raya Parlimen (PEA) bagi warga asing untuk menyertai aktiviti pilihan raya atau menerbitkan pengiklanan pilihan raya dalam talian (OEA). Politik Singapura mestilah bagi rakyat Singapura sahaja untuk membuat keputusan.”

Di bawah PEA, OEA ditakrifkan sebagai apa jua bahan yang diterbitkan dalam talian yang boleh dianggap secara munasabah sebagai bertujuan untuk mempromosi atau menjejaskan kejayaan atau kedudukan pilihan raya parti atau calon.

Pengguna Facebook ‘Zai Nal’ dikenal pasti sebagai Encik Zulfikar Mohamad Shariff, seorang warga Australia yang menggugurkan kewarganegaraan Singapura miliknya pada 2020.

Beliau pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 2016 kerana aktif mempromosikan pengganasan dan memuji kumpulan pengganas ISIS secara dalam talian.

Menurut kenyataan itu, catatan Facebook yang dibuat oleh warga asing tersebut telah disasarkan kepada rakyat Singapura dan mengganggu politik domestik Singapura, yang dikhaskan untuk rakyat Singapura.

Kiriman itu juga menggesa rakyat Singapura untuk mengundi atas garis perkauman dan agama, dan telah membawa kepada lebih banyak siaran media sosial yang serupa, yang disifatkan oleh MHA dan ELD sebagai “berpotensi untuk memecahkan keharmonian berbilang kaum dan agama” di Singapura.

Menurut siasatan akhbar ini, kiriman Encik Zulfikar, misalnya, telah disiar semula oleh seorang guru agama dari Singapura yang kini tinggal di Malaysia, Encik Noor Deros, yang mengkritik Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, atas dasar tidak melindungi hak dan keinginan masyarakat Melayu/Islam Singapura.

Menurut kenyataan MHA dan ELD lagi: “Kita tidak boleh mencampuradukkan agama dan politik. Singapura adalah sebuah negara sekular. Institusi kita melayani semua rakyat Singapura secara sama rata. Membawa agama ke dalam politik akan menjejaskan perpaduan dan keharmonian sosial, seperti yang kita lihat di negara lain yang mempunyai politik berasaskan kaum atau agama.

“Kami menyedari bahawa dasar awam kadangkala mungkin melibatkan perkara yang berkaitan dengan agama. Pemerintah akan terus mendekati warga secara meluas, termasuk kumpulan agama, untuk mendengar pandangan mereka dan memastikan ia diambil kira.”

Dengan Hari Mengundi yang bakal tiba pada 3 Mei, MHA dan ELD juga menggesa semua parti politik dan calon mereka, serta pertubuhan agama, pemimpin dan orang ramai untuk menjaga keharmonian Singapura.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg