Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Guru dijel hantar mesej lucah kepada murid lelaki, perempuan

Jun 13, 2024 | 6:19 PM
Seorang guru lelaki penjaga murid sekolah rendah, yang mengenali seorang budak lelaki berusia 11 tahun dari tempat kerjanya, menghantarnya mesej lucah selepas meninggalkan sekolah itu pada 2020. 
Seorang guru lelaki penjaga murid sekolah rendah, yang mengenali seorang budak lelaki berusia 11 tahun dari tempat kerjanya, menghantarnya mesej lucah selepas meninggalkan sekolah itu pada 2020.  - Foto fail

Seorang guru yang menjaga murid di sekolah rendah mengenali budak lelaki berusia 11 tahun di tempat kerjanya dan menghantar mesej lucah selepas meninggalkan sekolah itu pada 2020.

Pada 2021, Tristan Teo Hong Xian, menghantar gambar kemaluannya kepada budak perempuan berusia 13 tahun yang merupakan rakan sekolah budak lelaki itu.

Dia juga menghantar mesej seks kepada budak perempuan itu pada 2022.

Pada 13 Jun, Teo, 32 tahun, dipenjara tujuh minggu selepas dia mengaku bersalah bagi dua tuduhan menghantar mesej seks kepada budak bawah umur.

Dia juga mengaku bersalah bagi satu tuduhan menghantar gambar lucah kepada budak perempuan itu.

Teo mula bekerja di sekolah rendah tersebut pada April 2018. Tugasnya termasuk menjaga murid yang ibu bapa mereka tiada di rumah selepas sekolah tamat.

Lulusan ijazah sarjana muda psikologi itu menyelia, membimbing dan menjalankan kegiatan bersama kanak-kanak berkenaan.

Dia kemudian mengenali budak lelaki 11 tahun itu, yang bukan muridnya.

Teo sedang bercuti di luar negara pada Disember 2019 apabila dia memuat naik gambarnya di sana.

Budak lelaki itu, yang sedang bercuti di sana juga, memasukkan Teo di Instagram dan mereka mula berbual.

Timbalan Pendakwa Raya (DPP) R. Arvindren, memberitahu mahkamah pada awalnya perbualan itu tidak bersifat seks tetapi ia berubah selepas Teo meninggalkan sekolah itu pada Februari 2020.

Enam bulan kemudian, dia bertanya mengenai alat sulit budak lelaki itu. Teo kemudian mengaku kepada penyiasat dia “berasa ingin tahu dan nafsu seksnya tinggi”.

DPP menambah: “Dia juga mengaku kepada polis dia mahu menahan nafsu seksnya tetapi kalah kepada godaan itu.”

Teo mengenali budak perempuan 13 tahun itu sekitar Ogos 2021 dan berkomunikasi dengannya melalui wadah seperti Instagram dan WhatsApp.

Antara Ogos dengan Disember 2021, dia bertanya apakah budak perempuan itu mahu menukar gambar alat sulit mereka.

Pada 22 Jun 2022, polis menerima laporan menyatakan Teo menghantar gambar alat sulitnya kepada dua kanak-kanak. Teo didakwa lewat 2022.

Ikat jamin ditetapkan $10,000 dan dia dijangka menyerah diri di Mahkamah Negeri pada 27 Jun untuk mula menjalani hukuman.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg