Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Habbatus Sauda warisan penawar tradisional yang terus diyakini

Dipercayai dapat sokong sistem kekebalan tubuh, bantu lawan jangkitan dan sokong fungsi keseluruhan sistem pertahanan tubuh
Nov 29, 2025 | 5:30 AM
Produk makanan tambahan, ‘Habbatus Nigella Sativa’, keluaran Herbal Pharm terus popular hingga kini.
Produk makanan tambahan, ‘Habbatus Nigella Sativa’, keluaran Herbal Pharm terus popular hingga kini. - Foto HERBAL PHARM

Habbatus Sauda kekal popular dan terus menjadi pilihan ramai sebagai makanan tambahan.

Ia sudah tidak asing lagi bagi warga emas, yang mungkin mula mengenalinya melalui kisah datuk nenek, perkongsian rakan-rakan, atau pendedahan semasa kelas agama sejak zaman muda.

Pengguna lebih muda pula mungkin mengenalinya melalui media sosial.

Malah bagi sesetengah keluarga, ia telah menjadi amalan pemakanan yang diwarisi turun-temurun.

Habbatus Sauda terus dipercayai sebagai ikhtiar bagi menyokong kesihatan dan kesejahteraan tubuh.

Pemakanannya, bahkan, telah diamalkan sejak lebih 2,000 tahun lalu.

Dalam tradisi Islam pula, manfaat Habbatus Sauda turut dirujuk dalam hadis Nabi Muhammad saw, menjadikannya amalan yang diwarisi daripada satu generasi ke generasi berikutnya.

Dalam budaya Melayu, minyak Habbatus Sauda sering dicampur dengan madu sebagai amalan tradisional untuk kesihatan umum.

Habbatus Sauda dikenali dengan lebih 20 nama di seluruh dunia, termasuk black cumin, kalonji, jintan hitam dan Nigella sativa.

Walaupun kecil, biji itu mengandungi lebih 100 komponen nutrisi, termasuk lemak sihat, protein, alkaloid dan antioksidan semula jadi.

Ia boleh dimakan secara mentah, dikisar atau dalam bentuk minyak. Bentuk minyak yang diperah sejuk pula dikatakan tiga kali lebih kuat daripada biji mentah.

Tokoh perubatan Ibnu Sina mencatat manfaat jintan hitam untuk rawatan sesak nafas dan semput.

Kajian moden ke atas pesakit asma mendapati pengambilan Habbatus Sauda dikatakan dapat meningkatkan kawalan asma dengan ketara.

Sifat antiradang dalam minyak Habbatus Sauda dipercayai boleh membantu mengurangkan keradangan pada paru-paru dan saluran pernafasan.

Thymoquinone, sebatian aktif yang terkandung dalam Habbatus Sauda, mempunyai sifat antioksidan dan antiradang.

Ia menyokong sistem kekebalan tubuh, membantu melawan jangkitan serta menyokong fungsi keseluruhan sistem daya ketahanan tubuh.

Di samping itu, ia juga dipercayai berpotensi membantu melindungi sel daripada kerosakan akibat radikal bebas, mengurangkan risiko penyakit kronik seperti sakit jantung dan barah.

Di pasaran, terdapat Habbatus Sauda yang dijual dalam bentuk minyak.

Namun, ‘Habbatus Nigella Sativa’ keluaran Herbal Pharm dihasilkan dalam bentuk gel lembut bagi memudahkan pengambilan.

Dengan penggunaan yang betul, ia dikatakan dapat memberi manfaat kepada warga emas atau sesiapa sahaja yang memerlukan tenaga, kekebalan jangkitan dan keselesaan sendi.

Menurut jurucakap Herbal Pharm, adalah penting untuk memilih produk Habbatus Sauda yang baik.

‘Habbatus Nigella Sativa’ keluaran Herbal Pharm menggunakan minyak Habbatus Sauda tulen. Cara pengambilan sari minyak adalah melalui proses ‘cold-pressed’, atau tekanan sejuk.

Ini bertujuan mengekalkan zat dan khasiat asli Habbatus Sauda.

Bagi pengguna, pastikan juga produk tersebut tiada bahan tambahan dan mutunya diuji

Produk keluaran Herbal Pharm selaras dengan garis panduan yang ditetapkan oleh Penguasa Sains Kesihatan (HSA).

Untuk meraih manfaat daripada pemakanan ‘Habbatus Nigella Sativa’, pengguna digalak mengambilnya mengikut dos yang disyorkan.

Harus diingat bahawa Habbatus Sauda bukan ubat tetapi makanan tambahan.

Oleh itu, disarankan agar pengguna berunding dengan pakar kesihatan jika mempunyai alahan, penyakit kronik dan sebagainya.

Walaupun gaya hidup dalam dunia kini moden dan berteknologi canggih, penawar tradisi tetap menyokong kesihatan kita.

Habbatus Sauda adalah antara produk kesihatan yang tidak lapuk ditelan zaman.

Bagi memastikan keselamatan dan ketulenan produk, orang ramai amat disyorkan agar membelinya daripada saluran rasmi dan sah daripada Herbal Pharm.

SEKILAS:

* Layari laman web, https://www.herbalpharm.com.sg, hubungi talian telefon 6749-0004 atau WhatsApp ke 9889-0004 untuk maklumat lanjut.

* Kunjungi bilik pameran Herbal Pharm di 8 Race Course Lane, Singapura 218735 atau di 1008 Toa Payoh North, #01-01, Singapura 318996.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg