Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Suplemen ‘Dia-med’ dipercayai dapat bantu kawal kencing manis

Bahan dalam makanan tambahan, tumbuhan nopal cactus, kawal paras gula dalam darah, perlahan serap karbohidrat
Sep 20, 2025 | 5:30 AM
Produk Dia-Med, suplemen kesihatan bermutu daripada Herbal Pharm.
Produk Dia-Med, suplemen kesihatan bermutu daripada Herbal Pharm. - Foto HERBAL PHARM

Herbal Pharm sinonim dengan pelbagai produk makanan tambahan kesihatan.

Antara yang paling menonjol ialah Dia-med, produk yang telah bertapak di pasaran selama 15 tahun dan menjadi pilihan ramai pengguna.

Sempena kejayaan itu, Herbal Pharm melancarkan kempen, ‘Celebrating 15 Years of Dia-med: Real People, Real Results’, atau ‘Meraikan 15 Tahun Dia-med: Insan Tulen, Hasil Tulen’.

Bahan dalam suplemen itu, tumbuh-tumbuhan super plant (herba terbaik) nopal cactus, telah mendapat perhatian saintifik. 

Kajian mendapati ia berupaya mengawal paras gula dalam darah dengan memperlahankan penyerapan karbohidrat.

Ia juga menyokong kesihatan pencernaan dengan kandungan serat yang tinggi. 

Nopal cactus juga dipercayai dapat mengekang selera makan dan menggalak rasa kenyang, sekali gus dapat membantu dalam pengurusan berat badan.

Ia juga melindungi sel dengan sebatian antioksidan yang mengurangkan tekanan oksidatif.

Nopal cactus rendah kalori dan karbohidrat secara semula, maka ia sesuai untuk mereka yang ingin kesihatan metabolik secara holistik.

Dia-med telah menjadi makanan tambahan yang dipercayai selama 15 tahun oleh ribuan warga emas. 

Ia dikatakan dapat membantu mengawal kadar gula dalam darah dan kolesterol. 

Mereka yang pernah menggunakan Dia-med mendakwa mengalami peningkatan ketara dalam kekuatan tenaga, kebebasan dan gaya hidup. 

Antara mereka yang menjadikan Dia-med sebagai makanan tambahan harian ialah Cik Haridah Harun, 52 tahun. 

“Saya pernah berasa bimbang tentang bacaan gula dalam darah setiap kali saya mendapatkan pemeriksaan doktor.

“Tetapi selepas mengambil Dia-med secara konsisten, keputusan bacaan gula saya bertambah baik dan ia membuat saya lebih yakin.

“Ia meyakinkan saya bahawa masih ada pilihan semula jadi yang benar-benar dapat menyokong kesihatan saya,” kata Cik Haridah. 

Seorang lagi pengguna Dia-med ialah Encik Masari Masrah, 55 tahun. 

“Selepas mengambil Dia-Med selama kira-kira dua bulan, saya melihat perbezaan besar. Tahap tenaga saya benar-benar bertambah baik dan bacaan gula saya jauh lebih stabil sekarang...

“Ia memberi saya minda dan keyakinan lebih baik dalam menguruskan penyakit kencing manis saya.

“Kini, saya bangun dengan paras gula seimbang, mood lebih baik, dan lebih banyak kawalan ke atas hari saya. Saya sangat bersyukur,” ujar beliau.

Cik Ana Edwin, 51 tahun, pula berasa lebih bertenaga dalam menjalani kehidupan harian sejak beliau mengambil Dia-med. 

“Sejak saya mula mengambil Dia-med, saya telah merasakan peningkatan tenaga dalam tubuh saya.

“Saya tidak lagi berasa begitu letih selepas makan, dan saya boleh menjalani hari saya tanpa rasa berat atau kurang cergas.

“Ia membantu saya kekal aktif dan menikmati kehidupan sepenuhnya,” kata Cik Ana.

MAKLUMAT LANJUT:

Layari laman web, https://www.herbalpharm.com.sg atau WhatsApp ke talian 9889-0004 untuk maklumat lanjut.

Kunjungi Herbal Pharm di alamat 8 Race Course Lane, Singapura 218735 (kedai runcit) atau di 1008 Toa Payoh North, #01-01, Singapura 318996 (bilik pameran).

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg