Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Herbal Pharm pasarkan NeuroMg¹² dengan Magtein®

Produk makanan tambahan ini bantu kekalkan ketajaman mental, imbangan emosi
Oct 25, 2025 | 5:30 AM
Produk makanan tambahan NeuroMg¹² dengan Magtein® untuk kesihatan kognitif daripada Herbal Pharm.
Produk makanan tambahan NeuroMg¹² dengan Magtein® untuk kesihatan kognitif daripada Herbal Pharm. - Foto HERBAL PHARM

Kenangi semalam, hargai hari ini, dan bentuk masa depan.

Begitulah kata-kata hikmah daripada Herbal Pharm. Kenangan bukan hanya merujuk kepada apa yang telah berlalu, tetapi mencerminkan cara hidup masa kini demi mencipta masa depan yang lebih baik.

Cara pemakanan sihat dan penjagaan minda yang baik amat perlu demi mengekalkan kesihatan otak atau ‘cognitive health’ yang berpanjangan. Menjaga kecergasan dan kesihatan otak sama pentingnya seperti kita menjaga kesihatan badan.

Dengan pemakanan dan penjagaan yang betul, otak boleh kekal kuat, tangkas dan terbuka kepada sesuatu yang baru. Pertambahan usia bukanlah alasan sebagai penghalang ketajaman minda. Otak mampu kekal cergas dan berupaya menyesuaikan keadaan terhadap perubahan. Keanjalan otak membolehkan penciptaan ingatan baru dan mempelajari perkara baru pada usia emas.

Peranan pemakanan mineral seperti magnesium dalam kesihatan otak, amatlah penting. Magnesium membantu komunikasi saraf, mengurangkan tekanan dan meningkatkan kejelasan minda. Kekurangan magnesium sering berlaku seiring pertambahan usia dan ini boleh menjejaskan tumpuan, emosi, serta daya ingatan.

Demi membantu kesihatan otak ini, Herbal Pharm kini menawarkan satu lagi produk makanan tambahan, NeuroMg¹² dengan Magtein®. NeuroMg¹² membantu kesihatan otak yang terbukti dan dipercayai. Ia berfungsi secara semula jadi untuk mengekalkan ketajaman mental serta keseimbangan emosi. Ia bukanlah ubat bahkan santapan harian untuk kecergasan minda.

Naib Penolong Presiden Pemasaran, Herbal Pharm Pte Ltd, Cik Diana Khalid, berkata:

“Di Herbal Pharm, kami percaya bahawa proses penuaan tidak bermakna mengurangkan kegiatan kehidupan harian. Ia tentang keupayaan individu mengenang masa lalu, menikmati masa kini, dan terus menjalani hari-hari yang mendatang. Dengan makanan tambahan NeuroMg¹², kami ingin memperkasa warga emas agar minda mereka kekal aktif, tenang, dan bersedia dengan hari-hari indah yang bakal menjelang.”

Makanan tambahan NeuroMg¹² ini diperkasakan dengan Magtein®, sejenis bentuk Magnesium L-Threonate yang dipatenkan dan disokong melalui kajian klinikal. Formula canggih ini direka untuk menyuburkan otak, meningkatkan daya ingatan, memperkukuh keupayaan pembelajaran, menyokong kesihatan otak dalam jangka panjang, serta memberi ketenangan minda. Dengan keupayaannya yang unik untuk menembusi penghalang darah-otak, Magtein® menyalurkan magnesium terus ke sel otak, membantu meluaskan keupayaan mental yang sebenar.

Lima kebaikan dalam produk makanan NeuroMg¹²

Pertama, ia meningkatkan keberkesanan kesihatan kognitif. Secara mental ia membantu menguatkan dan mengekalkan ketajaman serta ketangkasan daya ingatan, daya tumpuan dan keupayaan pembelajaran.

Kedua, ia menyokong kesihatan otak dalam jangka panjang. Ia melindungi sel otak daripada tekanan oksidatif, meningkatkan daya tahan, dan memperlahankan kemerosotan fungsi kognitif.

Ketiga, NeuroMg¹² dapat meningkatkan keberkesanan penyerapan ke dalam otak. Terbukti secara klinikal, ia mampu menembusi penghalang darah-otak dan memastikan penyaluran magnesium sampai secara berkesan ke sel-sel otak.

Keempat, produk ini membantu peningkatan daya ketahanan mental. Ia mengekalkan daya tumpuan dan produktif sepanjang hari dengan mengurangkan keletihan otak.

Kelima, ia menyokong tidur yang nyenyak. Ia meningkatkan ketenangan dan tidur yang bermutu, untuk pemulihan otak yang optimum.

Makanan tambahan NeuroMg¹² ini amat sesuai untuk golongan dewasa yang sedang menua. Selain menyokong ketahanan dan kesihatan otak, ia membantu kejelasan minda, daya ingatan, meraih tidur yang bermutu dan pemulihan semula jadi.

Pengambilan makanan tambahan ini juga dapat membantu pelajar dan penuntut dewasa menguatkan daya ingatan dan keupayaan pembelajaran demi meraih prestasi akademik yang lebih baik. Ia juga sesuai untuk golongan karyawan yang prihatin terhadap tumpuan dan produktiviti di tempat kerja.

Dengan pengambilan makanan tambahan NeuroMg¹² dengan Magtein®, sel-sel otak menjadi lebih kuat dan aktif, sekali gus membantu meningkatkan daya tumpu, memperkukuh daya ingatan, serta mempertajam kejelasan dan kecekapan minda.

Kehidupan tidak pernah berhenti memberikan kita detik-detik berharga dan minda kita tidak pernah berhenti menciptanya. NeuroMg¹² bukan sekadar membantu daya ingatan, bahkan memperkayakan setiap pengalaman dan menjadikannya satu perjalanan minda yang lebih fokus, tenang, dan penuh bermakna.

SEKILAS:

* Layari https://www.herbalpharm.com.sg atau WhatsApp ke talian 9889-0004 untuk maklumat lanjut.

* Kunjungi Herbal Pharm di alamat 8 Race Course Lane, Singapura 218735 (kedai runcit) atau di 1008 Toa Payoh North, #01-01, Singapura 318996 (bilik pameran).

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg