Topik diikuti
Pergi ke BHkuHaiwan korban tiba di Masjid Al-Istighfar, Masjid Omar Salmah, Masjid Tentera Diraja
Haiwan korban tiba di Masjid Al-Istighfar, Masjid Omar Salmah, Masjid Tentera Diraja
Haiwan korban tiba di Masjid Al-Istighfar, Masjid Omar Salmah, Masjid Tentera Diraja
Kambing biri-biri yang diimport dari Australia telah dihantar ke tiga masjid - Al-Istighfar, Omar Salmah dan Tentera Diraja - yang akan menjalankan ibadah korban pada dini hari 26 Mei.
Ia sebahagian 1,100 ekor kambing biri-biri dan domba yang dibawa ke Singapura oleh pembekal dan pengendali haiwan korban, Aliyah Rizq Holdings. Baki kambing yang dibawa masuk dihantar ke tadika Muhammadiyah dan Rumah Peralihan Pertapis.
Berita Harian (BH) menyaksikan ketibaan haiwan korban di Pusat Pengendalian Kargo Udara Changi (CAC) dan selanjutnya di Masjid Al-Istighfar pada sekitar 3 pagi pada 26 Mei.
Sebanyak 350 ekor kambing biri-biri dihantar ke Masjid Al-Istighfar yang terletak di Pasir Ris itu.
Haiwan ternakan tersebut ditempatkan di ruang operasi terletak di padang bersebelahan dengan masjid terletak di Pasir Ris itu, hampir sebesar padang bola sepak dan lengkap dengan 11 meja untuk penyembelihan.
Syarikat Aliyah Rizq akan menjalankan ibadah korban di Al-Istighfar dan lagi dua masjid.
Ibadah korban akan dijalankan di empat masjid tahun ini.
Tiga masjid tidak akan mengadakan ibadah korban sebagaimana yang diumumkan selepas pembekal haiwan korban mereka gagal mendapatkan kebenaran untuk mengeksport haiwan korban dari Australia sebelum Hari Raya Haji pada 27 Mei.
Masjid Jamae Chulia turut terjejas, tetapi ia mempunyai pembekal dari ladang haiwan setempat, iaitu AgroMasters Pte Ltd dan syarikat itu akan menyelia operasi korban yang melibatkan sekurang-kurangnya 100 ekor kambing di sana.
