Topik diikuti
Pergi ke BHkuHakim Sushil Sukumaran Nair dilantik Hakim Mahkamah Rayuan
Hakim Sushil Sukumaran Nair dilantik Hakim Mahkamah Rayuan
Hakim Sushil Sukumaran Nair dilantik Hakim Mahkamah Rayuan
Seorang Hakim Mahkamah Rayuan baru telah dilantik, menjadikan jumlah keseluruhannya lima orang.
Hakim Sushil Sukumaran Nair telah dilantik bagi jawatan tersebut oleh Presiden Tharman Shanmugaratnam, berkuat kuasa mulai 15 Jun, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri (PMO) pada 12 Jun.
Beliau telah dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi pada Mac, dan sebelum itu berkhidmat sebagai Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Agung.
Semasa menyandang jawatan-jawatan tersebut, beliau mendengar pelbagai jenis kes sivil seperti kewangan, sekuriti, perbankan, kes komersial yang rumit, syarikat, ketakmampuan bayar, amanah, timbang tara dan tort berkanun.
Hakim Nair memperoleh Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dengan kepujian daripada Universiti Nasional Singapura (NUS) pada 1989 dan diterima masuk ke Badan Peguam Singapura pada 1990.
Beliau menyertai firma guaman Drew & Napier, di mana beliau berkhidmat sebagai peguam selama 35 tahun, dengan kepakaran dalam penstrukturan semula di rantau Asia Pasifik.
Beliau turut memegang jawatan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif firma tersebut dan ketua kumpulan amalan Penstrukturan Semula Korporat dan Pemulihan Syarikat.
Barisan Kehakiman Mahkamah Agung merangkumi Ketua Hakim Negara, Hakim Mahkamah Rayuan, Hakim Bahagian Rayuan, Hakim Mahkamah Tinggi, Hakim Kanan, Hakim Antarabangsa dan Pesuruhjaya Kehakiman.
Dengan pelantikan Hakim Nair, Mahkamah Agung kini mempunyai sejumlah 33 hakim dan 26 hakim antarabangsa.
