Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Hampir $340,000 dikumpul bagi sokong keluarga, pesakit tenat HCA

Oct 20, 2024 | 7:21 PM
Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad (kiri) bertemu dengan pesakit HCA Hospice pada 20 Oktober di Marina Barrage.
Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad (kiri) bertemu dengan pesakit HCA Hospice pada 20 Oktober di Marina Barrage. - Foto HCA HOSPICE

Hujan pada 20 Oktober tidak mematahkan semangat lebih 1,500 peserta yang berjalan sejauh 6 kilometer di sekitar Marina Barrage untuk tujuan amal.

Ia bagi meningkatkan kesedaran dan mengumpul hampir $340,000 bagi menyokong keluarga dan pesakit HCA Hospice yang tenat.

Acara Walk With Me Charity Walkathon HCA, yang dianjurkan oleh HCA Hospice sebagai sebahagian daripada siri acara bagi meraikan sambutan ulang tahun ke-35 badan amal itu, juga melihat penyertaan daripada pesakit, penjaga, kumpulan korporat, rakan kongsi masyarakat dan sukarelawan.

Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga Encik Masagos Zulkifli, yang menjadi tetamu terhormat acara itu, merasmikan segmen “flag-off” tiga kontinjen sebelum menyertai kontinjen terakhir untuk melakukan perjalanan sendiri dengan pesakit HCA di sepanjang Marina Bay.

Menurut HCA Hospice, acara amal itu memaparkan komitmen kuat masyarakat untuk menyokong pesakit dan keluarga mereka dalam perjalanan akhir hayat mereka.

“Setiap tahun, HCA Hospice membuat lebih 43,000 lawatan ke rumah, melayani separuh daripada pesakit hospis rumah di Singapura tanpa sebarang bayaran.

“Selain sokongan perubatan, pasukan penjagaan HCA membawa keselesaan dan menjaga martabat pesakit dan keluarga mereka dengan mengembara bersama sepanjang tempoh yang kadangkala mencabar ini.

“HCA percaya dalam meraikan kehidupan, dan pasukan penjagaan kami bekerja keras untuk memastikan setiap pesakit mempunyai hari yang baik dengan HCA,” katanya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg