Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Jurutera sofwe sumbang kemahiran kepada masyarakat diiktiraf Anugerah Mendaki

Oct 19, 2024 | 4:37 PM
Encik Taufiq Abdul Rahman (kiri) dan Cik Sri Mardiah Suharman (dua dari kiri) beramah mesra bersama Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad (depan, kanan), di majlis penyampaian Anugerah Mendaki 2024 pada 20 Oktober.
Encik Taufiq Abdul Rahman (kiri) dan Cik Sri Mardiah Suharman (dua dari kiri) beramah mesra bersama Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad (depan, kanan), di majlis penyampaian Anugerah Mendaki 2024 pada 20 Oktober. - Foto BM oleh KHALID BABA

Sejak di bangku sekolah lagi, Encik Taufiq Abdul Rahman tahu bahawa beliau mahu bekerja dalam bidang yang membolehkannya mencipta sesuatu yang berguna untuk orang di sekeliling.

Beliau memutuskan untuk mengikuti program sains komputer di Universiti Nasional Singapura (NUS) setelah mendapat tahu kemahiran dalam bidang itu akan membolehkannya membangunkan sesuatu “tanpa menggunakan tangan”, tetapi menggunakan sofwe.

Antara projek yang diusahakan beliau dan pasukan yang dipimpinnya ialah ‘Project Sight Words’, yang membantu pelajar disleksia di Singapura belajar membaca dan menulis.

Tidak sahaja komited untuk menyumbang kembali kepada masyarakat dengan ilmu yang telah diraihnya, anak sulung dalam keluarga dua beradik itu juga cemerlang dalam bidang akademik.

Beliau tamat pengajian pada 2024 dengan Kepujian (Kecemerlangan Tertinggi) bagi program Sarjana Muda dalam Pengkomputeran (Sains Komputer) yang diikutinya, dan meraih GPA 4.75 mata selain disertakan dalam Senarai Dekan sebanyak tiga kali pada 2022 dan 2023.

Pencapaiannya diiktiraf di majlis penyampaian Anugerah Mendaki 2024 pada Sabtu apabila beliau diberikan bukan satu, tetapi dua anugerah, iaitu Anugerah Cemerlang Mendaki dan Anugerah Gemilang Mendaki.

Anugerah Cemerlang Mendaki diberikan kepada lulusan kepujian kelas pertama manakala Anugerah Gemilang Mendaki mengiktiraf individu teladan dari segi Perwatakan, Kecekapan dan Kewarganegaraan (3C).

Dalam ucapannya di acara di Pusat Budaya Universiti (UCC) di NUS itu, Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, berkata Encik Taufiq memaparkan sifat 3C – ciri penting dalam membangunkan Masyarakat Gemilang – yang sangat kukuh.

Encik Masagos, yang juga pengerusi Mendaki, berkata secara keseluruhan, 500 anugerah disampaikan di acara tersebut, dengan 88 penerima merupakan pelajar yang meraih kepujian kelas pertama di peringkat universiti.

“Kita patut berbangga kerana bilangan anugerah sentiasa kukuh, melebihi 500 anugerah selama 10 tahun yang lalu. Lebih ramai pelajar Melayu/Islam cemerlang, memasuki institusi pengajian lebih tinggi dan menceburi bidang pengajian yang lebih pelbagai. Kita melihat lebih ramai pelajar menamatkan pengajian dari pelbagai bidang baru muncul seperti kejuruteraan alam sekitar, data besar dan analitik serta sains bioperubatan,” katanya, yang juga Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga.

Bagi Encik Taufiq, 25 tahun, anugerah itu adalah isyarat untuknya terus menyumbang, dengan menggunakan bakat dan bidang masing-masing untuk meningkatkan lagi masyarakat supaya kita kekal maju.

“Saya berharap Anugerah Gemilang Mendaki yang saya terima ini dapat mendorong orang lain untuk turut menyumbang kepada masyarakat… supaya kita dapat secara berterusan memperbaiki masyarakat,” katanya, yang kini bertugas sebagai jurutera sofwe di TikTok.

Seorang lagi penerima anugerah yang disebut Encik Masagos dalam ucapannya ialah Cik Sri Mardiah Suharman, 38 tahun, yang menerima Anugerah Gemilang Mendaki, Anugerah Pencapaian Akademik dan Anugerah Mendaki.

Beliau telah disertakan dalam Senarai Pengarah sebanyak tiga kali sepanjang pengajian Nitec dalam Kejururawatan yang diikutinya dI ITE Kolej Timur, dan tamat pengajian dengan GPA penuh iaitu 4.0.

Melangkaui pencapaian akademik, Cik Sri Mardiah juga memegang peranan presiden kelab pelajar Persatuan Jururawat Singapura yang disertai sebagai kegiatan kokurikulum (CCA) di samping pelbagai kegiatan dan program lain yang diceburinya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg