Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Keputusan penempatan sekolah menengah satu diumum 20 Dis

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Keputusan penempatan sekolah menengah satu diumum 20 Dis

Dec 13, 2023 | 05:01 PM



Penempatan sekolah bagi menengah satu (S1) akan dikeluarkan pada Rabu, 20 Disember, pada 9 pagi menurut Kementerian Pendidikan (MOE) Singapura.

Pelajar yang menanti keputusan penempatan S1 mempunyai beberapa saluran untuk mendapatkan maklumat penting ini. Keputusan boleh diperolehi melalui tiga saluran utama:

1. Perkhidmatan Mesej Ringkas (SMS): Calon yang telah menyediakan nombor telefon mudah alih tempatan semasa proses permohonan akan menerima keputusan melalui SMS.

2. Sistem internet S1-IS (www.moe.gov.sg/s1-posting): Dapat diakses menggunakan nombor Sijil Kelahiran/nombor FIN pelajar dan PIN S1.

3. Di sekolah rendah asal: Pelajar juga boleh mengambil keputusan secara fizikal dari sekolah rendah masing-masing.

Pelajar tidak perlu melaporkan diri secara fizikal ke sekolah menengah yang diberikan selepas menerima keputusan penempatan S1. Sebaliknya, mereka dinasihatkan untuk merujuk laman web sekolah masing-masing untuk maklumat terperinci selepas keputusan dikeluarkan. Maklumat penting seperti jadual pelaporan, senarai buku teks, dan prosedur untuk mendapatkan buku-buku dan pakaian seragam akan tersedia di laman web sekolah.

Bagi ibu bapa pelajar S1 yang menggunakan Gateway Ibu Bapa (PG), arahan dari sekolah yang diberikan akan disampaikan bermula dari petang hari keputusan penempatan S1 dikeluarkan.

Selain itu, MOE telah menggariskan prosedur untuk pelajar yang mungkin tidak dapat melaporkan diri ke sekolah menengah yang ditetapkan pada hari pertama sesi persekolahan pada Januari 2024 atas sebab yang sah.

Pelajar-pelajar ini disarankan untuk segera memaklumkan sekolah menengah yang diberikan selepas menerima keputusan penempatan untuk mengesahkan penerimaan tempat. Sekolah akan mengekalkan tempat bagi pelajar tersebut.

Maklumat lanjut mengenai latihan penempatan boleh didapati di www.moe.gov.sg/s1-posting. Untuk pertanyaan lanjut, sila lawati www.moe.gov.sg/contact.

Seramai 38,088 murid Darjah 6 telah mengambil Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE) pada 2023, dan 98.4 peratus daripadanya telah berjaya untuk melanjutkan ke sekolah menengah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >