Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Hanya jual permaidani simpul tangan Iran yang lebih bermutu

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

TABRIZ CARPETS

Hanya jual permaidani simpul tangan Iran yang lebih bermutu

Mar 29, 2024 | 05:30 AM



Permaidani simpul tangan dari Iran menjadi pilihan untuk dijual oleh Tabriz Carpets yang berpengalaman lebih 20 tahun.

Menurut pemiliknya, Encik Faramarz Neamati, permaidani yang dijual oleh syarikatnya diterbangkan dari Iran dan dijamin bermutu dengan hasil kerja yang baik.

“Di Tabriz Carpets, kami mengkhususkan produk kami hanya datang dari Iran. Seperti yang kami percaya, Iran menghasilkan produk yang lebih bermutu. Iran telah dikenali sebagai pengeluar permaidani simpul tangan terbaik di seluruh dunia. Pengeluaran permaidani Iran ini diketahui sejak berabad-abad lamanya. Dan mereka masih mengekalkan tradisi itu sehingga hari ini,” kata Encik Faramarz.

Tambahnya, mengikut peredaran masa dan keperluan yang lebih inovatif serta bagi memenuhi keperluan ekonomi dan sosial, Iran juga telah membina sebuah bandar yang hebat, melahirkan banyak kilang untuk menghasilkan permaidani buatan mesin.

“Reka bentuk permaidani Iran lebih gah daripada corak klasik yang penuh dengan rekaan flora dan fauna seperti daun dan bunga, corak ‘tribal’ dan reka bentuk moden. Dan kami mendapati mutunya jauh lebih baik daripada yang lain,” jelasnya.

Di Tabriz Carpets, permaidaninya dikategorikan mengikut ‘reed’ yang bermaksud bilangan simpulan dalam 1 meter lebar. Bilangan simpulan dalam 1 meter panjang pula dipanggil kepadatan (density).


Lebih tinggi bilangan lebih baik. Contohnya, bagi permaidani 500 simpulan, simpulannya lebih jauh di antara satu sama lain dan cenderung lebih tebal, kira-kira 10 milimeter dan lebih. Permaidani 1,700 simpulan pula lebih nipis.

Di Tabriz Carpets, Encik Faramarz ingin pelanggan mengetahui tentang permaidani dan beliau juga memberitahu mereka apa yang mereka beli.

“Setiap permaidani tidak dicipta sama dan punyai mutu berbeza. Apabila pelanggan melihat produk kami, kami tahu bahawa mata mereka tahu mana yang terbaik untuk mereka. Di kedai kami, kami mempunyai jaminan bahawa harga kami jauh lebih rendah sehingga 40 peratus daripada peruncit lain yang menjual produk yang sama,” ujarnya dan mengharap ramai pelanggan akan rebut peluang membeli permaidani bermutu dan mampu milik menjelang Hari Raya Aidilfitri ini di Tabriz Carpets.

Dan dari masa ke masa Tabriz Carpets akan menguar-uarkan tawaran harian di media sosialnya dan akan memastikan ada cenderahati istimewa ikhlas untuk setiap pembelian. Untuk pembaca Berita Harian (BH), Tabriz Carpets menawarkan permaidani dengan harga istimewa, hanya $880 sahaja (harga pasaran $1800), bagi desain dan saiz tertentu.


Untuk pembelian dan penilaian, kunjungi bilik pameran Tabriz Carpets di 9002, Tampines Street 93 #02-30, Singapura 528836.

Kunjungi media sosialnya di Facebook: Tabriz Carpets Pte Ltd atau Instagram: tabrizcarpetssg




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >