Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Hanya ‘segelintir’ warga S’pura guna sepenuhnya kredit SkillsFuture

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Hanya ‘segelintir’ warga S’pura guna sepenuhnya kredit SkillsFuture

Jan 10, 2024 | 05:05 PM



Lebih ramai warga Singapura mengikuti program latihan SkillsFuture Singapura (SSG) tetapi hanya “minoriti kecil” menggunakan sepenuhnya kredit SkillsFuture mereka, kata Menteri Negara (Pendidikan merangkap Tenaga Manusia), Cik Gan Siow Huang, pada 10 Januari.

Sejak pelancaran gerakan pembelajaran sepanjang hayat kebangsaan, kadar penyertaan latihan individu, termasuk mereka yang ditaja oleh majikan, telah meningkat daripada 35 peratus pada 2015 kepada sekitar 50 peratus pada 2022.

Pada 2022, sekitar 192,000 warga Singapura menggunakan kredit SkillsFuture – peningkatan sekitar 12,000 setiap tahun daripada 156,000 pada 2019.

Ini boleh dikaitkan dengan usaha SSG dan rakan kongsi dalam mempromosikan budaya pembelajaran sepanjang hayat, kata Cik Gan sebagai menjawab soalan di Parlimen.

Secara keseluruhan, penggunaan kredit SkillsFuture adalah lebih tinggi dalam kalangan kumpulan umur yang lebih muda – hampir 40 peratus bagi mereka yang berumur 30-an tahun. Bagi mereka yang berumur 60 tahun ke atas, hanya sekitar 25 peratus berbuat demikian.

“Hanya minoriti kecil” warga Singapura telah membelanjakan sepenuhnya kredit mereka, kata Cik Gan.

Dalam usaha untuk menggalak pembangunan kemahiran dan pembelajaran sepanjang hayat, warga Singapura berumur 25 tahun ke atas menerima kredit $500 pada 2016. Kredit ini boleh digunakan untuk mengimbangi yuran untuk pelbagai kursus yang diluluskan.

Pada 2020, pemerintah memberi warga Singapura berusia 25 tahun ke atas tambah nilai kredit SkillsFuture sekali sahaja sebanyak $500, yang akan tamat tempoh pada penghujung 2025.

Cik Gan berkata, antara sebab mengapa sesetengah warga Singapura tidak menggunakan kredit latihan mereka ialah kerana kekurangan masa manakala sesetengah yang lain membangkitkan isu kos peluang.

Untuk menggalak lebih ramai individu menggunakan kredit SkillsFuture, SSG telah meningkatkan pengalaman pengguna portalnya dan memudahkan proses penyerahan tuntutan, kata Cik Gan.

Agensi itu bekerjasama rapat dengan rakan kongsi industri, serta kerap menganalisis data mengenai kekosongan kerja dan kemahiran yang diperlukan, untuk memastikan kursusnya relevan.

Di samping itu, pemerintah berkata ia akan menambah kredit SkillsFuture bagi pekerja matang dan pertengahan kerjaya untuk memberikan mereka lebih banyak sokongan dalam peningkatan kemahiran. Butiran akan diumumkan lewat 2024.

“Kami berharap pengumuman akan datang untuk meningkatkan kredit SkillsFuture, serta elaun latihan akan membantu… lebih ramai warga Singapura mengambil langkah besar untuk meningkatkan kemahiran,” kata Cik Gan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >