Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Harga flat jualan semula HDB naik 4.8% pada 2023

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Harga flat jualan semula HDB naik 4.8% pada 2023

Jan 02, 2024 | 05:05 PM



Harga flat jualan semula Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) naik 4.8 peratus pada 2023, jauh lebih rendah daripada kenaikan 10.4 peratus yang dicatatkan pada 2022.

Dari Oktober hingga Disember 2023, harga flat jualan semula HDB naik sebanyak 1 peratus, menurut data kilat yang dikeluarkan oleh HDB pada 2 Januari.

Kenaikan harga itu merupakan kenaikan suku ke-15 berturut-turut sejak suku kedua 2020.

Namun, harga jualan semula meningkat pada kadar lebih perlahan pada suku keempat 2023 berbanding suku ketiga, apabila harga naik 1.3 peratus.

HDB berkata pertumbuhan harga pada suku terakhir 2023 adalah lebih rendah berbanding tempoh yang sama pada 2022.

Penganalisis hartanah berkata jangkaan harga yang tidak sepadan antara pembeli dengan penjual, serta kesan berpanjangan daripada langkah penyejukan hartanah, membawa kepada penstabilan selanjutnya dalam pasaran jualan semula pada suku keempat.

Langkah-langkah tersebut termasuk tempoh menunggu selama 15 bulan yang diperkenalkan pada September 2022 untuk pemilik rumah privet yang ingin membeli flat jualan semula HDB.

Had pinjaman kepada nilai, iaitu jumlah maksimum yang boleh dipinjam untuk membiayai pembelian perumahan, untuk pinjaman HDB juga diturunkan dua kali – daripada 90 peratus kepada 85 peratus pada Disember 2021, dan kepada 80 peratus pada September 2022.

Ketua penyelidikan dan kandungan firma hartanah PropNex, Cik Wong Siew Ying, berkata pertumbuhan harga suku tahunan pada 2023 tidak melepasi paras 2 peratus.

“Ini adalah trend yang perlu diberi perhatian, memandangkan kadar pertumbuhan harga pada setiap suku telah melebihi 2 peratus atau 3 peratus antara suku keempat 2020 dengan suku keempat 2022.

“Pelaksanaan pelbagai langkah penyejukan pada September 2022 telah memperlahankan pertumbuhan harga flat jualan semula HDB,” tambahnya.

Jumlah flat jualan semula HDB yang dijual lebih sedikit pada suku keempat 2023, dengan penurunan sebanyak 2.3 peratus kepada kira-kira 6,440 unit, berbanding 6,592 unit pada suku ketiga.

Ia juga merupakan jumlah terendah yang dicatatkan pada suku keempat, berbanding tempoh yang sama dari 2020 hingga 2022.

Cik Christine Sun, naib presiden kanan bagi penyelidikan dan analitik di firma hartanah OrangeTee & Tie, berkata lebih 12,000 flat Bina Ikut Tempahan (BTO) yang dilancarkan dalam dua penjualan pada Oktober dan Disember 2023 mungkin telah mengubah permintaan daripada pasaran jualan semula.

“Angka ini adalah dua kali ganda bilangan flat baru yang dikeluarkan setiap suku tahun,” katanya.

Ini disebabkan pelancaran BTO pada Ogos yang ditangguhkan sehingga Oktober.

Cik Sun berkata banyak flat baru yang dilancarkan pada suku keempat 2023 berada di lokasi yang menarik, dengan beberapa unit mempunyai tempoh menunggu lebih singkat.

Secara keseluruhan, 26,628 flat jualan semula HDB bertukar tangan pada 2023 setakat 28 Disember, 3.8 peratus lebih rendah berbanding 27,686 flat pada 2022.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >