Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Harga gas, elektrik turun dari Okt hingga Dis

Sep 30, 2024 | 7:08 PM
Purata bil elektrik bulanan untuk keluarga yang tinggal di flat HDB empat bilik akan berkurangan sebanyak $3 sebelum Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), turun daripada $114.92 kepada $111.92.
Purata bil elektrik bulanan untuk keluarga yang tinggal di flat HDB empat bilik akan berkurangan sebanyak $3 sebelum Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), turun daripada $114.92 kepada $111.92. - Foto ZAOBAO

Tarif gas dan elektrik akan turun untuk tiga bulan akan datang berikutan harga tenaga dan bahan api yang lebih rendah.

Dari 1 Oktober hingga 31 Disember, isi rumah yang dibekalkan oleh pengendali grid SP Group akan menyaksikan penurunan 2.6 peratus dalam tarif bekalan elektrik berbanding suku sebelumnya, kata kumpulan itu dalam satu kenyataan pada 30 September.

Bagi isi rumah, ini bererti tarif 29.1 sen setiap kilowatt-jam (kWj) sebelum Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), turun daripada 29.88 sen pada masa ini.

Dengan tarif baru itu, purata bil elektrik bulanan untuk keluarga yang tinggal di flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) empat bilik akan berkurangan sebanyak $3 sebelum GST, turun daripada $114.92 kepada $111.92, lapor The Straits Times.

Penurunan tarif itu – sebanyak 0.78 sen setiap kWj – disebabkan oleh harga tenaga yang lebih rendah, kata SP Group.

City Energy, pengeluar dan peruncit yang menawarkan gas melalui paip, berkata dalam satu kenyataan berasingan pada 30 September bahawa tarif gas akan turun 0.45 peratus setiap kWj dalam tempoh yang sama, juga disebabkan kos yang lebih rendah.

Ini bermakna isi rumah akan membayar 22.97 sen setiap kWj sebelum GST, turun daripada 23.42 sen.

Dengan GST, tarif gas yang disemak berjumlah 25.04 sen.

Tarif elektrik dan gas turun naik setiap suku tahun disebabkan oleh harga bahan api peringkat sejagat yang tidak menentu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg