Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Hari Jalan Kayu saksikan penyertaan 800 penduduk

Jul 7, 2024 | 6:01 PM
Menteri Kanan Encik Lee Hsien Loong (dua dari kiri) dan Penasihat kepada Pertubuhan Akar Umbi (GRO) GRC Ang Mo Kio, Cik Ng Ling Ling (dua dari kanan), bergambar bersama para peserta perbincangan kendalian Friendzone semasa acara Hari Jalan Kayu 2024 pada 7 Julai.
Menteri Kanan Encik Lee Hsien Loong (dua dari kiri) dan Penasihat kepada Pertubuhan Akar Umbi (GRO) GRC Ang Mo Kio, Cik Ng Ling Ling (dua dari kanan), bergambar bersama para peserta perbincangan kendalian Friendzone semasa acara Hari Jalan Kayu 2024 pada 7 Julai. - Foto ST

Menteri Kanan Lee Hsien Loong dan Penasihat kepada GRO GRC Ang Mo Kio, Cik Ng Ling Ling antara yang hadir bersama sekitar 800 penduduk Jalan Kayu dalam acara Hari Jalan Kayu 2024 pada 7 Julai bagi meraikan jalinan kekeluargaan antara generasi.

Diadakan di Buangkok Square Mall dan Buangkok Square Park, beraneka aktiviti dan persembahan diadakan dalam acara tersebut dalam usaha merapatkan hubungan kekeluargaan.

Satu kenyataan media oleh Pejabat Kawasan Undi Jalan Kayu pada 7 Julai, acara tersebut dianjurkan Pertubuhan Akar Umbi (GRO) Jalan Kayu memetik Cik Ng sebagai berkata:

“Aspek kekeluargaan merupakan teras dalam masyarakat kita. Kami sedang berusaha membina infrastruktur dan aktiviti kemasyarakatan dalam kawasan undi Jalan Kayu yang selesa agar keluarga dapat tinggal dan berkembang maju.”

Dalam acara itu juga, Encik Lee merasmikan Taman Permainan Bertema Akuatik Buangkok Square.

Kenyataan media itu menambah bahawa taman permainan itu menjadi wadah jalinan hubungan antara ibu bapa dengan anak, serta datuk dan nenek.

Menurut kenyataan media itu lagi, Encik Lee dan Cik Ng turut terlibat sama dalam perbincangan berjudul ‘Persahabatan dan Hubungan’ bersama 40 belia berusia antara 18 dengan 35 tahun yang dikendali oleh Friendzone – sebuah perusahaan sosial.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg