Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

HDB: Hampir 950 keluarga flat sewa beli rumah pada 2023

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

HDB: Hampir 950 keluarga flat sewa beli rumah pada 2023

Ia jumlah tertinggi sejak Covid-19 melanda; naik 35% berbanding 700 pada 2022
Feb 08, 2024 | 05:03 PM



Sekitar 8,300 keluarga yang menetap di flat sewa awam di sini, telah menjadi pemilik flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) setelah memanfaatkan pelbagai skim perumahan dan geran yang ditawarkan agensi itu sejak sedekad lalu.

Malah, 2023 mencatat peralihan tertinggi apabila hampir 950 isi rumah berjaya memiliki flat sendiri pada 2023, kata HDB pada 8 Februari.

Ia merupakan peningkatan sekitar 35 peratus berbanding 2022, apabila lebih 700 isi rumah menjadi pemilik flat.

Sekitar dua pertiga daripada isi rumah sewa membeli flat dengan bantuan geran perumahan untuk pemilik kali pertama, seperti Geran Perumahan CPF Dipertingkat (EHG) sehingga $80,000.

Dalam pada itu, sekitar 80 isi rumah sewa memanfaatkan Geran Perumahan Tabung Simpanan Pekerja (CPF) Step-Up (SUHG), yang memberikan keluarga berpendapatan rendah dan pernah memiliki flat sebelum tinggal di flat sewa awam, jumlah geran sebanyak $15,000 untuk membeli flat dua atau tiga bilik baru atau flat jualan semula di estet tidak matang.

Sementara itu, sebanyak 2,100 isi rumah flat sewa awam telah memulakan langkah untuk memiliki rumah sendiri, setelah berjaya menempah flat baru yang kini berada pada peringkat pembinaan berbeza, tambah HDB.

Dalam satu catatan Facebook pada 8 Februari, Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, berkata sehingga 2023, Pasukan Sokongan Pemilikan Rumah (HST) HDB telah mendekati hampir 1,600 isi rumah flat sewa, mengatasi sasaran asalnya untuk mencapai 1,000 keluarga menjelang 2023.

Daripada jumlah tersebut, lebih 120 keluarga telah berpindah ke rumah baru manakala hampir 100 telah menempah flat mereka dan sedang menunggu bagi mendapatkan kunci. 

“Selain menasihati keluarga yang menyewa flat mengenai bajet dan pilihan perumahan mereka serta geran dan skim yang ada, HST juga melakukan beberapa lawatan untuk membimbing keluarga ini melalui perjalanan pemilikan rumah dan bekerjasama rapat dengan agensi sosial untuk menyokong isi rumah ini dalam menangani cabaran lain yang mungkin mereka hadapi,” tulisnya.







HDB berkata walaupun pemilikan rumah terus menjadi asas program perumahan awam, ia menyedari bahawa sesetengah keluarga mungkin belum bersedia memiliki rumah.

“Kami akan terus menyokong keperluan perumahan isi rumah (yang menghuni flat) sewa dan bekerjasama rapat dengan agensi sosial untuk menyokong mereka dalam mengatasi pelbagai cabaran yang mereka hadapi,” kata HDB.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >