HDB mula projek BTO di Ang Mo Kio Ave 2, tapi jualan belum dibuka

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

HDB mula projek BTO di Ang Mo Kio Ave 2, tapi jualan belum dibuka

Usaha tarik keluarga muda tempah flat bagi imbangi penyusutan penduduk di bandar matang
Jan 20, 2026 | 7:53 PM

HDB mula projek BTO di Ang Mo Kio Ave 2, tapi jualan belum dibuka

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
mayflower, ang mo kio avenue 2, new couples, orang muda, flat baru
Kerja cerucuk bagi projek di Ang Mo Kio Avenue 2, yang terletak kira-kira 1 kilometer dari stesen MRT Mayflower, bermula pada September 2025. - Foto ST

Kerja pembinaan bagi satu projek flat Bina Ikut Tempahan (BTO) yang bakal dibangunkan di Ang Mo Kio Avenue 2, tapak lama Sekolah Rendah Kebun Baru, telah dimulakan.

Namun, ia tidak termasuk dalam senarai projek yang akan dilancarkan pada sesi BTO seterusnya pada Februari.

Ini bermakna flat itu akan mula dijual paling awal pada 2026. Terdapat dua lagi sesi jualan BTO yang dijadualkan pada Jun dan Oktober.

Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB), sebelum ini, menyatakan flat baru akan ditawarkan di Ang Mo Kio pada 2026.

Jumlah keseluruhan penduduk HDB di bandar ini, yang merupakan kejiranan dengan flat tertua dibina pada 1970-an, telah menyusut dalam dekad yang lalu, daripada 149,330 orang pada 2013 kepada 129,030 orang pada 2023.

HDB telah memperkenalkan projek baru di bandar ini untuk membolehkan keluarga muda tinggal lebih dekat dengan ibu bapa mereka di samping memberi nafas baru kepada kawasan tersebut.

Projek 485 unit di Ang Mo Kio Avenue 2 itu dibangunkan di tapak sekolah lama, yang telah dirobohkan antara 2023 dengan 2024.

Kerja cerucuk bagi projek itu bermula pada September 2025, dan flat tersebut dijangka siap pada suku pertama 2030, menurut notis HDB.

Tapak projek yang bakal dibangunkan itu seluas kira-kira 1.82 hektar, atau bersamaan dua setengah padang bola sepak.

Ia terletak sekitar 1 kilometer dari stesen MRT Mayflower di Laluan Thomson-East Coast.

Antara projek yang dilancarkan di Ang Mo Kio dalam beberapa tahun kebelakangan ini termasuk: Oak Ville @ AMK, yang dilancarkan pada 2025; Central Trio @ AMK, dilancarkan pada 2024; dan Central Weave @ AMK, dilancarkan pada 2022.

Para penganalisis berkata pembangunan ini berlaku kerana pembeli flat berpotensi kurang yakin dengan klasifikasi Plus Oak Ville, memandangkan projek tersebut agak jauh dari stesen MRT dan kemudahan lain.

Cukai pemulangan subsidi atau subsidy clawback dikenakan apabila flat Plus dan Prime dijual buat kali pertama di pasaran jual semula, supaya pemerintah mendapatkan semula subsidi tambahan yang telah diberikan ketika flat tersebut dilancarkan.

Pegawai Eksekutif Utama di agensi hartanah ERA Singapore, Encik Eugene Lim, berkata projek BTO yang bakal dibangunkan di Ang Mo Kio Avenue 2 kemungkinan akan diklasifikasikan sebagai Plus, sama seperti Central Trio dan Oak Ville, kerana tapak projek yang agak strategik dan akses baik ke pengangkutan awam, sekolah dan kedai runcit.

Membandingkan tapak itu dengan Oak Ville, Encik Lim berkata projek yang bakal dibangunkan itu lebih dekat dengan kemudahan harian dan stesen MRT.

Beliau menambah lokasi projek yang berhampiran dengan sekolah seperti Sekolah Rendah Mayflower, serta pusat penjaja dan pasar raya di Ang Mo Kio Avenue 4, menjadikan projek itu lebih menarik.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg