Henry Kwek: Pemerintah mesti biaya media setempat secukupnya, tangani maklumat palsu era AI

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Henry Kwek: Pemerintah mesti biaya media setempat secukupnya, tangani maklumat palsu era AI

Feb 24, 2026 | 8:14 PM

Henry Kwek: Pemerintah mesti biaya media setempat secukupnya, tangani maklumat palsu era AI

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
SMC Kebun Baru, Henry Kwek, Parlimen
Anggota Parlimen (AP) SMC Kebun Baru, Encik Henry Kwek. - Foto MDDI

Media perkhidmatan awam perlu dibiayai dengan mampan dan secukupnya dalam era maklumat palsu yang dihasilkan oleh kecerdasan buatan (AI), kata Encik Henry Kwek (Kebun Baru).

Beliau berkata media setempat seperti The Straits Times, Lianhe Zaobao dan CNA menjadi benteng antara rakyat Singapura dengan ruang maklumat yang dimanipulasi.

Encik Kwek, yang mempengerusikan Jawatankuasa Parlimen Pemerintah bagi Pembangunan Negara, berkata media perkhidmatan awam “bukan sekadar prasarana kebenaran Singapura, bahkan juga infrastruktur kepercayaan kita”.

“Saya menyeru pemerintah agar memastikan mereka dibiayai dengan mampan dan secukupnya, dan karyawan media kita mempunyai masa depan menarik dalam media setempat kerana media kita adalah sumber kepercayaan kita dan merupakan suara utama ‘kuasa lembut’ Singapura,” tambahnya.

Dengan memberi tumpuan kepada AI, Encik Kwek berkata teknologi itu kini membentuk semula kehidupan hari ini, sesuatu yang hanya dapat dibayangkan sahaja beberapa tahun lalu, dan Belanjawan 2026 mengakui perkara ini.

Beliau mencadangkan beberapa bidang di mana Singapura boleh bergerak lebih pantas termasuk menyokong pembangunan berpusatkan AI untuk e-perkhidmatan pemerintah, perkhidmatan teknologi maklumat (IT) serta perusahaan kecil dan sederhana (SME).

Perkhidmatan elektronik pemerintah masih banyak diperoleh melalui kaedah IT tradisional, kata Encik Kwek, yang menyeru penggunaan AI sebagai “metodologi piawai” atau default methodology.

Metodologi ini bermakna AI harus menjadi pilihan utama atau automatik dalam membangunkan sesuatu sistem atau projek berbanding kaedah tradisional.

Menurutnya, pemerintah harus bekerjasama dengan syarikat teknologi besar seperti Google dan Microsoft yang telah menubuhkan Pusat Kecemerlangan AI di sini untuk membangun sistem AI kebangsaan berdaulat berlandaskan nilai Singapura.

Bagi mempercepat penggunaan AI dalam kalangan industri perkhidmatan IT Singapura, pemerintah juga harus mempertimbangkan untuk mewajibkan kontrak IT yang memerlukan kaedah pembangunan berpusatkan AI, katanya.

Encik Kwek turut menggesa pemerintah agar menawarkan geran inovasi yang secara tradisinya dikhaskan bagi syarikat lebih besar kepada SME yang berkemampuan teknologi, dan menyokong mereka yang memerlukan bantuan untuk menerima pakai AI dalam operasi harian di Singapura.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg