Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Herbal Pharm galak penjagaan kesihatan secara semula jadi dengan produk dari Himalaya  

Aug 9, 2025 | 5:30 AM
Produk Shilajit Himalayan Nectar Resin 30 gram boleh diambil dua kali sehari selepas makan. Satu hidangan, 300 miligram (saiz kacang), dicampur dengan air suam/susu/teh hijau, selepas sarapan pagi dan satu hidangan selepas makan malam.
Produk Shilajit Himalayan Nectar Resin 30 gram boleh diambil dua kali sehari selepas makan. Satu hidangan, 300 miligram (saiz kacang), dicampur dengan air suam/susu/teh hijau, selepas sarapan pagi dan satu hidangan selepas makan malam. - Foto HERBAL PHARM

Sering letih, lupa dan sakit-sakit sendi? Apabila usia meningkat, cabaran sebegini merupakan perkara yang lazim ditempuh oleh kebanyakan orang.

Namun, bahan semula jadi yang sarat dengan mineral dari pergunungan Himalaya, Shilajit, dipercayai mampu menyokong kesihatan dan menawarkan pelbagai manfaat.

Ia digunakan selama beratus-ratus tahun dalam Ayurveda untuk menyokong kekuatan dan kecergasan tubuh dan minda.

Shilajit Himalayan Nectar keluaran Herbal Pharm dirumuskan khusus sebagai penyelesaian semula jadi untuk meningkatkan tenaga, menyokong ingatan, meningkatkan penyerapan nutrien, membantu stamina dan kecergasan.

“Produk ini mempunyai rekod prestasi yang lama. Shilajit ialah resin semula jadi yang kuat yang terbentuk selama berabad-abad. Ia diperoleh daripada penguraian tumbuh-tumbuhan yang terdapat dalam bebatuan altitud tinggi. Dikenali sebagai asas perubatan Ayurveda, ia diraikan kerana keupayaannya untuk meremajakan dan memulihkan tenaga,” jelas Penolong Naib Presiden, Jabatan Jualan, Herbal Pharm, Cik Fadilah Din.

Shilajit Himalayan Nectar sesuai untuk warga emas berumur 55 tahun ke atas, mereka yang mementingkan kesihatan dan penjaga warga emas.

“Antara lain, ia membantu meningkatkan tenaga dan stamina, menggalakkan penuaan yang sihat dengan mengurangkan tekanan oksidatif dan menyokong pembaikan selular. Shilajit Himalayan Nectar juga dapat meningkatkan daya ingatan, fokus dan penumpuan, lantas sangat sesuai bagi mereka yang inginkan penuaan yang sihat,” jelas Cik Fadilah lagi.

Cara pemakanan mudah

Untuk memudahkan cara pemakanannya, Shilajit Himalayan Nectar tersedia dalam bentuk kapsul, resin dan gula-gula getah. Kapsul mudah ditelan, sesuai bagi warga emas yang inginkan suplemen harian yang mudah.

Resin pula berbentuk tradisional dan sangat mujarab. Ia dibancuh dengan air suam sesuai untuk mereka yang biasa dengan tonik dan ubat semula jadi.

Gula-gula getah pula lembut, senang dikunyah dan berperisa mangga mentah Mereka yang tidak suka menelan pil atau lebih suka pilihan yang lebih ringkas boleh mencuba bentuk ini.

Produk ini diekstrak menggunakan teknik canggih demi mengekalkan potensi. Ia bebas daripada bahan cemar dan diuji dengan ketat untuk logam berat.

“Shilajit selamat apabila diambil dalam jumlah yang betul. Namun, kami nasihatkan para pelanggan kami agar minta nasihat doktor mereka dahulu jika mereka sedang mengambil ubat-ubatan lain,” jelas Cik Fadilah.

Penuaan yang sihat dapat dikecap dengan sokongan yang betul. Anda boleh memilih bentuk yang selesa untuk anda ambil Shilajit Himalayan Nectar.

Ia merupakan makanan unggul untuk tenaga selular, imuniti dan kesejahteraan keseluruhan.

SEKILAS:

Shilajit untuk siapa?

– Para atlet yang aktif berumur daripada 18 tahun hingga 45 tahun.

– Individu yang pentingkan kesihatan, berusia daripada 18 tahun dan ke atas serta warga emas berusia 55 tahun ke atas.

Manfaat Shilajit

– Meningkatkan daya tahan dan pemulihan selepas senaman.

– Menyokong kekuatan otot dan mengurangkan keletihan yang disebabkan oleh senaman.

– Memberi sokongan semula jadi untuk sendi dan kesihatan tulang.

– Sesuai untuk peminat sukan dan pengunjung gimnasium yang mencari penggalak prestasi dan bantuan pemulihan semula jadi.

– Menyahtoksik badan dengan membuang toksin.

– Menguatkan imuniti untuk daya tahan yang lebih baik.

– Menggalakkan tenaga dan kecergasan keseluruhan.

– Sesuai untuk individu yang ingin meningkatkan keseluruhan kesejahteraan mereka secara semula jadi dan holistik.

– Mengembalikan kecergasan dan melawan keletihan berkaitan usia.

– Menggalakkan penuaan yang sihat melalui pembaikan selular.

– Menyokong fleksibiliti sendi dan kekuatan tulang.

– Disesuaikan untuk yang lebih berusia yang mahu mengekalkan tahap tenaga dan mobiliti keseluruhan bagi gaya hidup yang aktif.

Jika anda berminat untuk mendapatkan Shilajit Himalayan Nectar dalam bentuk kapsul, resin atau gula-gula getah, sila lawati https://www.herbalpharm.com.sg/.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg