Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Herbal Pharm perkenal suplemen cerdas, cergas dan sihat mental anak

Sokong daya ingatan, daya tumpuan dan paras tenaga kanak-kanak tiga tahun ke atas
Jul 18, 2025 | 5:30 AM
Setiap kotak ‘High Q+ BrightMinds’ mengandungi 30 sachet suplemen itu, yang mempunyai perisa strawberi dan oren.
Setiap kotak ‘High Q+ BrightMinds’ mengandungi 30 sachet suplemen itu, yang mempunyai perisa strawberi dan oren. - Foto HERBAL PHARM

Ramai ibu bapa kini tentu risau mengenai keadaan anak-anak mereka yang sekarang menghadapi tuntutan akademik dan digital yang semakin mencabar dan kian meningkat.

Mereka yang menguruskan soal sekolah dan kelas pengayaan serta masa skrin anak-anak pastinya mahu anak mereka tidak mudah letih dan dapat terus fokus.

Pemakanan betul dan seimbang memainkan peranan penting dalam menyokong kesihatan otak, kekuatan ingatan, keupayaan pembelajaran, dan pengawalan emosi secara keseluruhan.

“Dengan sokongan harian yang betul, ibu bapa boleh membantu anak-anak mereka kekal tajam, bertenaga dan fokus secara semula jadi. Suplemen ‘High Q+ BrightMinds’ bukan sahaja lazat, bahkan diyakini dapat menyokong minda yang sedang berkembang,” kata Penolong Naib Presiden, Jabatan Jualan, Herbal Pharm, Cik Fadilah Din, mengenai produk terbaru keluaran Herbal Pharm itu.

Suplemen ‘High Q+ BrightMinds’ diyakini dapat menyokong perkembangan otak yang sihat dengan nutrien penting, dan sesuai bagi kanak-kanak berumur tiga tahun ke atas, ujar beliau.

Cik Fadilah menambah: “Nutrien penting seperti DHA, vitamin B dan vitamin C memainkan peranan utama dalam menyokong daya ingatan, daya tumpuan dan paras tenaga. Pengambilan makanan tambahan seperti ini harus dilihat sebagai sebahagian daripada pendekatan holistik, yang turut merangkumi tidur yang mencukupi, kegiatan fizikal seperti bermain, dan pemakanan seimbang.”

Meningkatkan Daya Ingatan & Pembelajaran

Suplemen ‘High Q+ BrightMinds’ menyokong perkembangan kognitif, meningkatkan daya tumpuan dan perhatian, melindungi sel otak serta menguatkan imuniti.

Ibu bapa kanak-kanak berumur tiga tahun ke atas boleh mempertimbangkan produk ini untuk anak-anak mereka.

Ibu bapa yang mementingkan kesihatan anak-anak prihatin mengenai prestasi akademik dan penumpuan mereka, serta lebih suka format atau cara makan selamat dan mudah, digalak mencuba produk ini untuk anak-anak mereka.

Maklumat Produk

Setiap kotak ‘High Q+ BrightMinds’ mengandungi 30 sachet (bungkusan kecil) suplemen itu dan ia mudah dibawa ke sekolah atau ketika dalam perjalanan.

Suplemen yang dirumus di Korea Selatan ini mempunyai perisa strawberi dan oren, dan mengandungi Vitamin B, Vitamin C, serta Asid Folik untuk kesihatan otak, menyokong tenaga dan meningkatkan sistem imun. Ia disahkan halal dan selamat untuk kegunaan harian.

Cadangan Penggunaan & Keselamatan

Anak-anak dinasihati supaya mengambil satu sachet suplemen ‘High Q+ BrightMinds’ setiap hari. Ia boleh diambil terus atau dicampur dengan air.

Bagaimanapun, ia tidak sesuai untuk kanak-kanak di bawah umur tiga tahun dan perlu rujuk kepada doktor jika anak ada mengambil ubat atau mempunyai alahan makanan.

“Suplemen ini dapat membantu mengurangkan kerisauan ibu bapa tentang anak-anak mereka, kerana ia dapat melegakan keletihan dan kehilangan fokus mereka akibat tekanan harian di sekolah dan sebagainya,” ujar Cik Fadilah lagi.

Jika anda berminat mendapatkan produk suplemen ‘High Q+ BrightMinds’ daripada Herbal Pharm, sila kunjungi https://www.herbalpharm.com.sg/.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg