Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

‘Heron-1’ buat penampilan sulung di latihan Trident, mampu terbang hingga 24 jam

Nov 13, 2024 | 4:52 PM
‘Heron-1’ dibawa melalui landasan pesawat sebelum  diterbangkan. Ia mampu terbang sehingga 24 jam.
‘Heron-1’ dibawa melalui landasan pesawat sebelum diterbangkan. Ia mampu terbang sehingga 24 jam. - Foto BH oleh MUHD HAZMAN ABD AZIZ

Sebuah kenderaan udara tanpa pemandu (UAV), Heron-1, yang mampu terbang sehingga 24 jam, membuat penampilan sulung di latihan Trident 2024 di pusat latihan Shoalwater Bay (SWBTA), Australia.

Berbentuk seperti sebuah pesawat kecil, Heron-1 bertindak sebagai alat pengawasan bagi tentera Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) di kawasan misi, melaksanakan tugas pengawasan sebelum, semasa dan selepas operasi dijalankan.

Ia mempunyai pelbagai sensor termasuk kamera inframerah yang boleh mengesan kegiatan di sesebuah kawasan dan merakamnya.

Untuk menerbangkannya, ia hanya memerlukan juruterbang serta Pakar Perisikan Imej Udara (AIRIX) di darat, kedua-duanya berfungsi dari sebuah pusat kawalan.

Juruterbang akan mengemudi dron tersebut manakala AIRIX akan mentafsirkan imej, mengambil sebarang informasi dan memberikannya kepada tentera darat dan laut dengan cepat.

Pegawai Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF), terdiri daripada juruterbang dan Pakar Perisikan Imej Udara (AIRIX), akan mengemudi serta mengumpul maklumat yang dirakam ‘Heron-1’ dari pusat kawalan.
Pegawai Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF), terdiri daripada juruterbang dan Pakar Perisikan Imej Udara (AIRIX), akan mengemudi serta mengumpul maklumat yang dirakam ‘Heron-1’ dari pusat kawalan. - Foto BH oleh MUHD HAZMAN ABD AZIZ
Pusat kawalan bagi ‘Heron-1’ mampu memuatkan sehingga empat pegawai Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF), dua juruterbang dan dua Pakar Perisikan Imej Udara (AIRIX) .
Pusat kawalan bagi ‘Heron-1’ mampu memuatkan sehingga empat pegawai Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF), dua juruterbang dan dua Pakar Perisikan Imej Udara (AIRIX) . - Foto BH oleh MUHD HAZMAN ABD AZIZ

SWBTA, yang berukuran sekitar lima kali ganda lebih besar daripada Singapura, memberi peluang kepada SAF melakukan latihan bersepadu antara tentera darat, laut dan udara.

Melalui latihan Trident yang melibatkan pergerakan aset dari kapal ke darat, dron yang mula diperkenalkan pada 2012 itu mampu meningkatkan kepekaan situasi untuk tentera darat dan laut, serta memudahkan panglima membuat keputusan strategik seiring perubahan dalam kawasan pertempuran.

Ia memerlukan tahap komunikasi yang tinggi antara pegawai Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF) dengan Angkatan Laut Republik Singapura (RSN), terutama sekali dengan keadaan di Australia yang lebih banyak hutan dan jalan raya yang lebih sempit, berbanding Singapura.

‘Heron-1’ sedang disiapkan sebelum berlepas.
‘Heron-1’ sedang disiapkan sebelum berlepas. - Foto BH oleh MUHD HAZMAN ABD AZIZ
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg