‘RSS Persistence’ merupakan antara empat kapal pemunggah darat (LST) bagi Angkatan Laut Republik Singapura (RSN). - Foto ZAOBAO
Kapal pemunggah darat (LST), RSS Persistence, merupakan salah satu LST yang dikerah ke Australia untuk latihan Trident 2024.
Berfungsi sebagai tapak permulaan bagi pasukan tentera Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) dan Angkatan Pertahanan Australia (ADF) bagi operasi hutan dan perbandaran, kapal itu juga mampu menjadi tempat penginapan bagi tentera SAF dan ADF yang terlibat dalam misi tersebut.
Berita Harian meneroka situasi di dalam RSS Persistence dan meninjau ciri-ciri yang disediakan dalam kapal itu.
‘Bridge’ merupakan bahagian penting kapal, berfungsi sebagai pusat kawalan yang menerima laporan mengenai perkara yang sedang berlaku di setiap bahagian kapal. Kapal itu juga dikemudi daripada bahagian ‘bridge’ dengan bantuan radar serta Paparan Carta Elektronik dan Sistem Maklumat (ECDIS). - Foto ZAOBAO
Pasukan kejuruteraan kapal akan meneliti aspek kejuruteraan dengan memastikan terdapat elektrik di kapal melalui bilik kawalan jentera. Mereka berfungsi umpama organ di dalam tubuh manusia dengan setiap bahagian pasukan mempunyai peranan tersendiri bagi memastikan operasi kapal dapat berfungsi sebaiknya. Pasukan ini menguruskan pelbagai sistem kritikal seperti enjin utama, generator dan sistem penghawa dingin. - Foto BH oleh MUHD HAZMAN ABD AZIZ
‘RSS Persistence’ dilengkapi dengan landasan helikopter atau ‘flight deck’, yang membolehkannya menggerakkan pasukan tentera daripada kapal dengan pelbagai cara. Dalam satu masa, landasan tersebut mampu memuatkan sebuah helikopter angkat berat seperti Chinook atau dua helikopter angkat sederhana seperti A225M. Helikopter juga boleh mendarat pada waktu siang atau malam. - Foto BH oleh MUHD HAZMAN ABD AZIZ
Untuk melancarkan Kapal Peralatan dan Individu Laju (FCEP) di ‘RSS Persistence’, pegawai tentera laut akan menggunakan alat seperti kren untuk memindahkannya dari bahagian tepi kapal ke laut. Memandangkan saiznya yang lebih kecil berbanding Kapal Utiliti Laju (FCU), FCEP akan ditempatkan di tepi kapal serta diapit antara satu sama lain. - Foto BH oleh MUHD HAZMAN ABD AZIZ
‘Well dock’ adalah kawasan meletak Kapal Utiliti Laju (FCU). Pasukan tentera akan menaiki atau mendarat dari FCU di kawasan ini, dengan bantuan tentera laut yang melabuhkan kapal dari bahagian tepi dan depan kapal. Setiap tembok juga mempunyai dapra atau ‘fender’ untuk menyerap hentakan dan mengelakkan kerosakan semasa kapal berlabuh. - Foto BH oleh MUHD HAZMAN ABD AZIZ
‘RSS Persistence’ turut menyediakan kemudahan gimnasium untuk kegunaan tentera laut atau tentera yang berada di kapal tersebut. Ia dilengkapi dengan pelbagai peralatan yang setara dengan gimnasium biasa. - Foto BH oleh MUHD HAZMAN ABD AZIZ
Bilik tidur di ‘RSS Persistence’ mempunyai pelbagai keperluan seperti bantal, selimut, soket, loker serta almari kecil untuk menyimpan barang. Ia juga dilengkapi dengan penghawa dingin. - Foto ZAOBAO
Katil di dalam ‘RSS Persistence’ dilengkapi dengan keperluan tidur seperti bantal dan selimut. - Foto BH oleh MUHD HAZMAN ABD AZIZ
‘RSS Persistence’ turut menyediakan sokongan perubatan untuk anggota tentera yang cedera. Kapal ini dilengkapi dengan bilik medik yang mampu menjalankan pembedahan kecil seperti jahitan dan merawat kecederaan biasa yang dialami oleh anggota tentera. Dalam setiap latihan yang diadakan Angkatan Laut Republik Singapura (RSN), pegawai medik akan turut menyertainya. - Foto BH oleh MUHD HAZMAN ABD AZIZ
Pemandangan indah laut di Australia dari ‘RSS Persistence’. Air lautnya berwarna biru terang dan jernih, serta kawasan itu juga dikelilingi ikan lumba-lumba. - Foto BH oleh MUHD HAZMAN ABD AZIZ
Menginap di ‘RSS Persistence’ memberi anggota tentera peluang untuk menikmati pemandangan yang indah ketika matahari terbenam. - Foto BH oleh MUHD HAZMAN ABD AZIZ