Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Latihan Trident 2024 lebih menyeluruh, tingkat kerjasama tentera S’pura, Australia

Nov 10, 2024 | 9:07 PM
Tentera Angkatan Pertahanan Australia (ADF) (kiri) dan Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) menjalani Latihan Trident 2024 secara bersama. Mereka baru sahaja mendarat melalui Kapal Utiliti Laju (FCU).
Tentera Angkatan Pertahanan Australia (ADF) (kiri) dan Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) menjalani Latihan Trident 2024 secara bersama. Mereka baru sahaja mendarat melalui Kapal Utiliti Laju (FCU). - Foto ZAOBAO

Latihan dua hala melibatkan Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) dan Angkatan Pertahanan Australia (ADF), Latihan Trident 2024, dikendalikan pada skala besar dengan tumpuan serentak di udara dan laut buat julung-julung kalinya.

Berlangsung antara 6 hingga 15 November di ruang latihan Shoalwater Bay, di Rockhampton, Australia, latihan ini disertai sekitar 1,900 kakitangan SAF, Angkatan Laut Republik Singapura (RSN), Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF) dan ADF.

Menjelaskan lebih lanjut mengenai Latihan Trident 2024 ini kepada media yang diundang meninjau latihan berkenaan, Ketua SAF bagi Latihan Trident 2024, Leftenan Kolonel Kanan (SLTC) Michael Enriquez, berkata latihan dua hala ini amat penting dalam meningkatkan kerjasama antara Singapura dengan Australia, terutamanya apabila menangani operasi sebenar.

“Latihan ini memberi kami peluang memperkukuh kerjasama dan mengeratkan hubungan.

“Saya dapati bahawa, kami beroperasi dengan taktik yang serupa. Piawaian kami adalah sesuatu yang kami ingin pelajari (daripada ADF), dan kami sedia untuk beroperasi bersama,” katanya yang juga merupakan Panglima Briged Infantri Singapura Ketujuh.

Leftenan Kolonel Kanan (SLTC) Michael Enriquez berkata bahawa latihan dua hala ini penting dalam meningkatkan kerjasama antara Singapura dan Australia.
Leftenan Kolonel Kanan (SLTC) Michael Enriquez berkata bahawa latihan dua hala ini penting dalam meningkatkan kerjasama antara Singapura dan Australia. - Foto ZAOBAO

Berbeza dengan Latihan Wallaby, yang hanya melibatkan satu pihak, Latihan Trident beroperasi secara dua hala dan melibatkan ADF dari sudut perancangan dan latihan.

Ini, jelas SLTC Enriquez, memberi peluang kepada SAF untuk meningkatkan skala latihan dan kerumitannya, sambil bekerjasama dengan tentera Australia.

“Penting bagi kita untuk berlatih di Shoalwater Bay bersama ADF kerana medan yang lebih luas dan peluang untuk kita lakukan operasi yang tidak boleh didapati di Singapura,” katanya.

Berbeza daripada Latihan Trident sebelum ini yang hanya menampilkan satu operasi sahaja, latihan kali ini menyaksikan dua penghantaran daripada laut ke darat.

Tentera pertempuran darat, yang terdiri daripada Batalion Ketiga Pengawal Singapura dan Batalion Kelima Rejimen Diraja Australia, akan bergerak ke darat melalui dua cara berbeza; melalui udara untuk operasi hutan, dan melalui laut untuk operasi perbandaran melibatkan bangunan.

Latihan kali ini juga buat kali pertama menampilkan dua kapal pemunggah darat Singapura (LST) — RSS Endurance dan RSS Persistence — di Latihan Trident yang sama.

Kedua-dua kapal RSN itu menjadi tapak permulaan bagi pasukan tentera SAF-ADF di kedua-dua operasi tersebut.

Operasi hutan akan dijalankan melalui penghantaran udara, dengan pasukan tentera dipindahkan dari LST menggunakan helikopter.

Helikopter CH-47F dan H225M akan membawa pasukan tentera dari kapal ke kawasan darat untuk mendekati lokasi tujuan sambil diiringi helikopter penyerang Apache AH-64D.

Selepas pasukan operasi hutan menyelesaikan operasi mereka, mereka akan bergabung dengan pasukan operasi perbandaran (bangunan) untuk melaksanakan operasi perbandaran secara bersama.

Berbeza dengan operasi hutan, operasi perbandaran (bangunan) dilaksanakan melalui penghantaran laut.

Kapal Peralatan dan Individu Laju (FCEP) dan Kapal Utiliti Laju (FCU) digunakan untuk memindahkan aset — tentera dan pengangkutan — ke darat.

FCEP mampu memuatkan sehingga 30 tentera pada satu masa, manakala FCU pula sehingga 130 tentera.

Satu lagi pembaharuan ialah pengenalan kenderaan udara tanpa pemandu (UAV) dalam latihan ini.

Heron-1, sebuah dron, akan mengawasi pantai semasa penghantaran laut sedang dijalankan.

Setelah tentera mendarat, Kapal Pendaratan Amfibia Penghantaran Bekalan 5 Tan (LARC V) akan menjalankan operasi bekalan semula manakala Helikopter AH 64-D akan memberikan sokongan udara kepada tentera di darat. 

Operasi ini melibatkan aset pelbagai angkatan tentera berbeza, menjadikannya lebih menyeluruh

Dalam pada itu, Pegawai Pemerintah (CO) RSS Persistence, Mejar Daniel Hu, turut berkongsi bahawa kawasan di Shoalwater Bay sesuai untuk latihan bersepadu antara tentera udara, laut dan tentera.

“Ia memberi kita peluang untuk mencabar diri dan memanfaatkan ruang udara, darat, laut untuk latihan darat ke laut.

“Ia juga memberi kita peluang untuk melancarkan pelbagai aset seperti kenderaan darat dan kenderaan udara,” katanya.

Pegawai Pemerintah (CO) RSS Persistence, Mejar Daniel Hu, berpendapat bahawa kawasan di Shoalwater Bay sesuai untuk latihan bersepadu antara tentera udara, laut dan tentera.
Pegawai Pemerintah (CO) RSS Persistence, Mejar Daniel Hu, berpendapat bahawa kawasan di Shoalwater Bay sesuai untuk latihan bersepadu antara tentera udara, laut dan tentera. - Foto ZAOBAO

Namun, beliau menambah bahawa dengan pelbagai aset yang beroperasi serentak, mereka perlu mengelakkan pertindihan operasi yang sedang dijalankan.

Tambahan dengan cuaca, angin serta laut, yang tidak stabil seperti Singapura, ia memerlukan komunikasi serta fokus yang kuat antara setiap angkatan tentera.

Demonstrasi Sains dan Teknologi

Selain daripada latihan, saintis pertahanan daripada Direktorat Sistem dan Teknologi Masa Depan Mindef dan Makmal Nasional DSO bekerjasama dengan Kumpulan Sains dan Teknologi Pertahanan dari Jabatan Pertahanan Australia (DSTG) untuk mengadakan demonstrasi teknologi.

Buat pertama kalinya, mereka menggunakan rangkaian bersepadu kenderaan udara dan darat tanpa pemandu serta rangkaian komunikasi taktikal 5G di Fasiliti Latihan Operasi Bandar untuk menyokong operasi bandar SAF dan ADF.

Kenderaan autonomi ini juga menyediakan medan 3D kepada anggota SAF dan ADF dengan kelajuan tinggi.

Persembahan Kebudayaan

Dalam pada itu, kompeni muzik dan drama akan membuat persembahan di Rockhampton sebagai tanda penghargaan kepada masyarakat Australia atas sokongan mereka.

Persembahan tersebut akan mempamerkan warisan pelbagai budaya Singapura melalui lagu, cerita dan tarian.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg