Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Holland-Bukit Panjang sasar jadi estet tumpu kesejahteraan

Apr 5, 2025 | 8:01 PM
 Pelancaran buku Our Home of Possibilities, yang yang memperingati kemajuan bandar Holland-Bukit Timah bersama (dari kanan) Anggota Parlimen (AP) Holland-Bukit Panjang - Encik Christopher de Souza, Cik Sim Ann, Dr Vivian Balakrishnan, Encik Liang Eng Hwa dan Encik Edward Chia Bing Hui pada 5 April.
Pelancaran buku Our Home of Possibilities, yang yang memperingati kemajuan bandar Holland-Bukit Timah bersama (dari kanan) Anggota Parlimen (AP) Holland-Bukit Panjang - Encik Christopher de Souza, Cik Sim Ann, Dr Vivian Balakrishnan, Encik Liang Eng Hwa dan Encik Edward Chia Bing Hui pada 5 April. - Foto ZAOBAO

Holland-Bukit Panjang merancang menjadi ‘estet perumahan kesejahteraan’ pertama di Singapura dengan menyediakan kemudahan bagi penduduk yang semakin menua. 

Ini termasuk pusat jagaan warga emas dan pusat penuaan aktif baru yang dikendalikan bersama oleh St Luke’s Eldercare dan Khidmat Masyarakat New Life berhampiran pusat beli-belah Greenridge, yang dijangka buka pada 2027. 

Pusat ini akan menjadi salah satu daripada lima pusat yang akan dibuka di kawasan perumahan itu, dengan satu lagi pusat terletak di atas Pusat Penjaja dan Pasar Bukit Panjang di Bukit Panjang Ring Road, lapor The Straits Times (ST).

Majlis Bandaran Holland-Bukit Panjang mengumumkan rancangan lima tahun akan datang mereka pada 5 April melalui satu pameran di Blok 259, Bukit Panjang Ring Road. 

Majlis Bandaran ini menyelia SMC Bukit Panjang dan GRC Holland-Bukit Timah – yang merangkumi kawasan Bukit Timah, Cashew, Ulu Pandan dan Zhenghua. 

Anggota Parlimen (AP) Bukit Panjang, Encik Liang Eng Hwa, yang juga pengerusi majlis bandaran, berkata pusat penuaan aktif baru ini akan memberi manfaat kepada warga emas dan penjaga mereka.

Encik Liang berkata: “Pusat aktiviti seperti ini turut menyokong keluarga, (memberi) ketenangan fikiran kerana kita mempunyai semua kemudahan untuk menjaga ibu bapa anda yang sudah lanjut usia.”

Beliau berkata demikian kepada media di Pusat Penjaja Bukit Panjang, bersama AP GRC Holland-Bukit Timah lain, Menteri Ehwal Luar Dr Vivian Balakrishnan; Menteri Negara Kanan (Ehwal Luar merangkap Pembangunan Negara), Cik Sim Ann; serta Encik Christopher de Souza dan Encik Edward Chia.

Majlis bandaran itu berjanji, antara lain, untuk menaik taraf Taman Kejiranan 5 Bukit Panjang dan membina lebih banyak taman terapi.

Majlis bandaran itu berharap visi sebagai ‘estet perumahan kesejahteraan’ akan menjadi model bagi pembangunan kawasan perumahan lain di seluruh Singapura.

Pada 5 April, ia melancarkan buku bertajuk Our Home Of Possibilities!, yang memperingati kemajuan bandar itu ke arah visi tersebut.

Bercakap kepada penduduk, Encik Liang berkata antara pencapaian diraih termasuk pembukaan sebuah poliklinik baru, pusat penjaja dan jalan baru di Senja Road yang menghubungkan Bukit Panjang ke Espreswe Kranji (KJE).

Encik Liang turut berkata usaha menambah baik kawasan itu akan diteruskan, sambil menyifatkan kawasan tersebut kini jauh berbeza berbanding dahulu yang dianggap agak ‘ulu’ atau terpencil.

“Kami masih bersemangat dan bertekad untuk menjadikan kawasan ini lebih baik.”

Rancangan induk itu turut memperincikan kemudahan baru berfokuskan kesejahteraan, termasuk Pangkalan Pusat Tenaga Manusia (CMPB) baru yang dijangka dibuka secara berperingkat mulai 2025.

Terletak bertentangan dengan stesen MRT Cashew, kemudahan itu akan menampilkan padang bola sepak dan zon kecergasan yang boleh diakses orang ramai.

Selain itu, lebih banyak laluan berbumbung dan tempat menurunkan penumpang yang selesa akan dibina, termasuk di Blok 501, 503 dan 504 di Jelapang Road.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg